ARKIB

KATEGORI

Buletin

Siasatan kerosakan struktur landasan LRT selesai, kerja baikpulih dijangka 7 bulan

Berita Tempatan

Views

Siasatan ke atas kerosakan struktur viaduct dan pier yang retak berhampiran stesen LRT Bandaraya, yang telah mengakibatkan penggantungan perkhidmatan di antara stesen LRT Masjid Jamek dan stesen LRT Bandaraya senjak 27 Januari 2023, telah selesai dijalankan.

Menurut RapidKL, hasil siasatan menunjukkan bahawa kerosakan kepada tiga struktur viaduct dan pier telah diakibatkan oleh pergerakan tanah (ground movement) yang dipercayai daripada kerja-kerja di tapak pembinaan bersebelahan.

Seperti yang telah dinyatakan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada 27 Januari 2023, kerja-kerja tersebut telah mula dijalankan tanpa sebarang perundingan dengan APAD di bawah Peraturan-Peraturan Kereta Api (Zon Perlindungan Kereta Api) 1998 [P.U. (A) 367].

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Pihak Prasarana kini dalam proses melantik kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja baikpulih yang akan dimulakan pada awal bulan Mac dan dijangka akan mengambil masa sehingga tujuh bulan.

Tempoh ini merangkumi dua bulan untuk kerja-kerja baikpulih sementara (temporary works) bagi mengukuhkan struktur dan lima bulan untuk kerja-kerja baikpulih secara menyeluruh.

Kerja-kerja baikpulih tersebut akan mengambil masa kerana siasatan menunjukkan kerosakan kepada struktur yang terjejas menimbulkan risiko keselamatan yang amat serius.

Prasarana akan sebaik mungkin mengambil langkah-langkah mitigasi bagi mengurangkan gangguan perkhidmatan kepada para pengguna.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Apabila perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya dibuka sepenuhnya, pengguna Laluan Ampang/Sri Petaling akan mempunyai alternatif untuk ke pusat bandar melalui stesen-stesen pertukaran seperti Chan Sow Lin, Titiwangsa dan Sg Besi.

Sementara kerja-kerja baikpulih dijalankan, perkhidmatan alternatif yang telah diperkenalkan semenjak 27 Januari 2023, termasuk perkhidmatan bas perantara, akan diteruskan.

Siasatan terperinci tersebut telah dijalankan oleh perunding kejuruteraan Arup Jururunding Sdn Bhd, dibawah pemantauan sebuah jawatankuasa khas yang terdiri daripada pihak Prasarana Malaysia Berhad, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Pihak Prasarana merizabkan hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Rapid KL

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply