ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sibuk nak berlumba haram, kesudahannya kena tolak motosikal 5 km

Berita Tempatan

Views

Sekumpulan mat motor bertempiaran lari ke dalam semak bagi mengelak dicekup selepas lokasi mereka di Jalan Ibok-Paman di Chukai, semalam, diserbu polis. Bagaimanapun, cubaan mereka melarikan diri hanya sia-sia apabila laluan berkenaan sudah dikepung polis dalam Ops Samseng Jalanan jam 6.30 petang.

Bukan itu sahaja, seramai 65 yang ditahan juga diarahkan menolak motosikal sejauh lima kilometer bermula dari Mak Chili ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, operasi membabitkan 25 pegawai dan anggota itu dilakukan pihaknya susulan maklumat awam mengenai aktiviti remaja di kampung berkenaan yang berkumpul ketika pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP) sempena Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Menurutnya, pemantauan dilakukan di kawasan berkenaan terlebih dulu sebelum sekumpulan remaja mula memenuhi kawasan berkenaan. Kebanyakan yang hadir di situ hanya menjadi penonton dengan tiga daripadanya berlumba tanpa membabitkan pertaruhan dan mendakwa sekadar suka-suka.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Dalam operasi ini, sebanyak 60 motosikal dan 65 lelaki berusia antara 18 hingga 25 tahun diperiksa manakala 14 motosikal turut disita. Pihaknya turut mengeluarkan 52 saman membabitkan pelbagai kesalahan trafik seperti nombor pendaftaran, lesen dan cermin sisi.

Hanyan berkata, pihaknya memandang serius aktiviti perkumpulan memandangkan negara sedang melaksanakan SPP dalam usaha memutuskan jangkitan COVID-19. Katanya, ibu bapa atau penjaga diminta memantau pergerakan anak dan tidak membenarkan mereka keluar tanpa sebab ketika pelaksanaan SPP ini.

Walaupun sekadar berkumpul di dalam kampung, ia tetap menjadi kesalahan dan boleh dikenakan kompaun kerana pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Pihaknya harap ia tidak berlaku lagi kerana masih ada masyarakat memandang remeh arahan kerajaan yang melaksanakan SPP yang bertujuan untuk membendung penularan COVID-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply