ARKIB

KATEGORI

Tular

Siku muka pembonceng wanita, polis cari penunggang motosikal

Tular

Views

Polis sedang menjejaki penunggang motosikal yang menyiku pembonceng wanita ketika melalui Jambatan Teluk Gadong, Jalan Sungai Bertih, di Klang.

Menurut Harian Metro, video yang tular sejak beberapa hari lalu di media sosial itu dirakam salah seorang pengguna jalan raya sehingga menimbulkan kecaman warganet.

Malah ada andaian ia dilakukan lelaki terbabit terhadap isterinya berikutan mangsa turut membawa anak kecil ketika kejadian.

 

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, video yang tular sejak beberapa hari lalu di media sosial itu dirakam menerusi perakam digital (dashcam) salah seorang pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.

Katanya, polis mengesan satu video berdurasi 11 saat di laman sosial Facebook kelmarin yang memaparkan kejadian seorang lelaki menunggang motosikal menyiku pembonceng iaitu seorang perempuan secara berulang kali.

Tambahnya, semakan mendapati kejadian itu berlaku di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Siasatan menunjukkan seorang lelaki iaitu penunggang motosikal menyiku menggunakan tangan kiri sebanyak dua kali ke arah bahagian kepala pembonceng motosikal yang dipercayai seorang perempuan.

Hoong Fong berkata, susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendatangkan kecederaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian.

Setakat ini identiti penunggang dan pembonceng motosikal masih belum dikenalpasti. Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti individu terbabit.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini, dinasihatkan untuk hadir ke balai polis bagi membantu siasatan dengan menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply