ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sime Darby Motors lancar BYD Seal Dynamic RWD dan BYD ATTO 3 dipertingkat – Harga dari RM149,800

Berita Tempatan

Views

Pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, Sime Darby Motors (SDM) hari ini melancarkan varian baharu BYD Seal Dynamic RWD dan BYD ATTO 3 yang dipertingkatkan.

Seal Dynamic RWD ditawarkan dalam dua pilihan warna, iaitu Cosmos Black dan Aurora White dengan harga bermula dari RM163,800.

Lebih menarik, 100 tempahan pertama varian ini akan menerima pengecas Wall Box Home secara percuma.

Varian ini didatangkan dengan waranti kenderaan selama 6 tahun atau 150,000km, waranti bateri voltan tinggi selama 8 tahun atau 160,000km, dan waranti unit pemanduan selama 8 tahun atau 150,000km.

Dari segi penggayaan, ia sama seperti varian BYD Seal yang lain dengan menampilkan siluet gaya coupe yang menerapkan falsafah reka bentuk “Estetika Samudera (Ocean Aesthetics)” yang telah menerima pelbagai pengiktirafan, termasuklah Anugerah Reka Bentuk iF.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Ruang kabinnya dilengkapi dengan paparan skrin sentuh berputar 15.6 inci, yang diintegrasikan dengan Aplikasi BYD dan fungsi arahan suara, sistem audio premium Dynaudio dengan 12 pembesar suara dan sistem penapis kabin PM2.5.

Ia digerakkan oleh motor elektrik pacuan roda-belakang yang menghasilkan kuasa 204 PS dan 310 Nm daya kilas. Ini membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 7.5 saat.

Varian ini dikuasakan oleh pek bateri Litium Besi Fosfat (LFP) Blade berkapasiti 61.44 kWj yang menawarkan jarak pemanduan 510 km mengikut kitaran NEDC.

Ia turut menyokong input pengecasan DC sehingga 110 kW dan juga dilengkapi dengan fungsi vehicle-to-load (V2L), yang meningkatkan lagi prestasi dan kecekapan

Seal Dynamic RWD telah menerima penarafan keselamatan lima bintang ANCAP dan menampilkan pelbagai ciri keselamatan , antaranya teknologi Bateri Blade Ultra Safe, struktur Cell-To-Body (CTB), sembilan beg udara, Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) dan sistem kamera 360 darjah beresolusi tinggi.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Selain Seal Dynamic RWD, Sime Darby Motors turut memperkenalkan BYD ATTO 3 yang dipertingkat dengan beberapa ciri, termasuk saiz bateri yang meningkat kepada 60.48 kWj.

In secara tidak langsung memberi penambahan jarak pemanduan kepada 480 km mengikut kitaran NEDC dan memperbaiki masa pecutan 0-100 km/j kepada hanya 7.3 saat.

Untuk 300 tempahan pertama BYD ATTO 3 yang baharu, pelanggan akan menerima Wallbox Home Charger, Pakej Perkhidmatan 3 Tahun, dan Cukai Jalan Percuma selama 4 Tahun.

Meskipun ia dipertingkatkan dengan beberapa ciri baharu, namun harganya masih tidak berubah dengan harga atas jalan RM149,800 tidak termasuk insurans.

Pembelian BYD Atto 3 2024 ini turut didatangkan dengan waranti pengeluar selama enam-tahun atau 150,000 km, dan waranti bateri Blade selama lapan-tahun atau160,000 km.

Motor elektrik, pengawal motor dan pemasangan kawalan elektrik pada modul pemanduan model ini pula didatangkan dengan perlindungan waranti selama lapan-tahun atau 150,000 km.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply