ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Sime Darby Racing Team dilancarkan, bakal gegar Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) 2023

Sukan Permotoran

Views

Porsche Malaysia yang diwakili oleh Sime Darby Auto Performance hari ini secara rasminya memperkenalkan Sime Darby Racing Team yang bakal membuat penampilan di Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) 2023.

Pasukan ini turut menjalinkan kerjasama dengan Earl Bamber Motorsport (EBM) dan pelumba muda negara, Nazim Azman.

Pasukan yang membawa kibaran Jalur Gemilang ini, tampil dengan jentera lumba 911 GT3 Cup yang dihiasi reka corak yang diinspirasikan dari batik dan bakal berentap dalam kategori PCCA PRO.

Edisi ke-20 Porsche Carrera Cup Asia kembali merentas benua pada 2023, selepas dua musim di China. Kalendar perlumbaan 2023 bermula di Malaysia, seterusnya ke Korea, Jepun, Thailand dan Singapura, sebelum ‘menutup gelanggang’ di Shanghai, China.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Bersama dengan Earl Bamber Motorsport (EBM), Porsche Malaysia membawakan rakan kongsi teknikal yang sangat berpengalaman untuk Sime Darby Racing Team.

Nama Earl Bamber sememangnya cuku tersohor dalam arena sukan permotoran global. Beliau merupakan juara PCCA sebanyak dua kali, pemandu pasukan Porsche Works dan pemenang dua kali perlumbaan 24 Jam Le Mans .

Jentera lumba ini akan dipacu oleh bekas pemandu perlumbaan Formula 3 FIA, iaitu Nazim Azman. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter, pihaknya yakin dengan prestasi mereka untuk musim ini bersama rakan yang hebat seperti Earl Bamber Motorsport dan Nazim.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Pengarah Urusan Porsche Motorsport Asia Pasifik, Alexandre Gibot pula menambah, pihaknya amat berbesar hati untuk mendapatkan Nazim Azman sebagai sebahagian daripada program pembangunan PCCA Talent Pool.

Bagi Nazim Azman pula, memandangkan ini adalah kali pertama buat dirinya yang berlumba dengan kereta GT untuk semusim penuh, beliau percaya peluang ini akan meluaskan ufuk dan pengalamannya dalam perlumbaan GT.

Cabaran musim ini akan membuka tirai di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk pusingan pertama dan kedua pada 28 hingga 30 April 2023.

Ia kemudiannya menjelajah di sekitar rantau ini sebelum kembali ke Malaysia untuk pusingan kesembilan dan kesepuluh pada 25 Ogos hingga 27 Ogos 2023, bersama pusingan 3 Siri Kejohanan Malaysia di lokasi yang sama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply