ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sime Motors dan Perbadanan Stadium Malaysia jalin kerjasama perluaskan penggunaan mobiliti mesra alam

Berita Tempatan

Views

Sime Motors dan Perbadanan Stadium Malaysia hari ini mengumumkan pakatan strategik untuk meluaskan capaian dan penggunaan kenderaan elektrik (EV), bagi menyokong peralihan kepada pengangkutan yang lebih mesra alam.

Sempena kerjasama tersebut, Sime Motors telah melancarkan AutoArena, pameran automotif pertama negara yang diadakan di dalam Stadium Nasional Kuala Lumpur Sports City.

Acara selama tiga hari ini mempamerkan pelbagai jenama automotif Sime Motors, termasuk BMW, MINI, Motorrad, BYD, Ford, Hyundai, Jaguar, Land Rover, Volvo dan pilihan luas kenderaan terpakai premium daripada Auto Selection.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Acara ini merupakan acara yang pertama daripada pelbagai program automotif yang bakal dianjurkan bersama, oleh Sime Motors dan Perbadanan Stadium Malaysia.

Di samping itu, sebagai sebahagian daripada kerjasama mereka, Sime Motors akan menyediakan dua EV selama 24 bulan untuk berkhidmat sebagai kenderaan rasmi bagi operasi stadium.

Pada masa yang sama, stesen pengecasan EV akan dipasang di stadium oleh Gentari, memudahkan capaian kepada infrastruktur pengecasan EV bagi masyarakat sekitar.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Motors, Jeffrey Gan, berkata, inisiatif ini sejajar degan matlamat kerajaan untuk meluaskan penggunaan EV menjelang 2030 dan membantu meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia tentang manfaat pemilikan EV.

Tambahnya, AutoArena adalah satu contoh daripada pelbagai acara dan pengalaman unik yang bakal Sime Motors anjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Iliyas Jamil pula menambah, Stadium Nasional Bukit Jalil ialah lambang kebanggaan negara dan pihaknya berbangga untuk bekerjasama dengan Sime Motors untuk menyokong kelestarian dan pengangkutan hijau.

AutoArena terbuka kepada orang ramai dari sekarang hingga Ahad, 12 Januari, dari jam 9:00 pagi hingga 7:00 malam. Pengunjung boleh meninjau dan merebut pelbagai tawaran dan promosi menarik sempena acara ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply