ARKIB

KATEGORI

Buletin

Singapura henti guna kenderaan enjin pembakaran dalaman menjelang 2040

Berita Global

Views

Di kala negara pemimpin politik kita masih lagi sibuk berebut untuk menukar pentadbiran kerajaan negeri dan pusat, negara jiran kita Singapura akan meningkatkan pengeluaran tenaga suria sebanyak empat kali ganda menjelang 2025, kata Perdana Menterinya Lee Hsien Loong.

Menurut Berita Harian Singapura, usaha itu adalah sebahagian daripada langkah-langkah yang diambil untuk mencapai Strategi Pembangunan Pengeluaran Rendah Jangka Panjang. Beliau berkata demikian dalam ucapan videonya di Sidang Kemuncak Cita-Cita Iklim untuk memperingati ulang tahun kelima Perjanjian Paris semalam.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Selain itu, negara tersebut juga akan memberhentikan penggunaan kenderaan enjin pembakaran dalaman menjelang 2040. Singapura juga akan melabur secara aktif dalam huraian rendah karbon dan menggalak pembiayaan hijau, misalnya, menerusi Program Pelaburan Hijau AS$2 bilion.

Matlamat ikrar iklim, atau sumbangan yang ditentukan negara, yang dibuat di bawah Perjanjian Paris bertujuan membatasi pemanasan global di bawah 2 darjah celsius di atas tahap pra-industri, dengan tujuan mengehadkan pemanasan iklim kepada hanya 1.5 darjah celsius.

Encik Lee berkata perubahan iklim ialah satu ancaman bagi semua, terutamanya bagi negara pulau kecil seperti Singapura. Beliau menambah bahawa cabaran sejagat itu memerlukan respons seluruh dunia, dan Singapura akan memainkan peranan bersama negara lain untuk menangani masalah sejagat itu serta akan memenuhi komitmen di bawah perjanjian itu.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Sebelum ini kami pernah melaporkan, gergasi automotif Korea Selatan, Hyundai Motor Group telah memilih negara itu sebagai lokasi makmal inovasi terbuka untuk penyelidikan dan pembangunan mobiliti masa depan iaitu Pusat Inovasi Hyundai Motor Group Innovation Center (Hyundai Motor Group Innovation Center – HMGICS).

HMGICS merupakan satu-satunya fasiliti seumpamanya di dunia yang bakal membuka jalan kepada lebih banyak syarikat Korea untuk melabur, mengadakan usahasama dengan pembekal tempatan dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta berkolaborasi bersama universiti  dan institut penyelidikan di negara tersebut. Ia juga selaras dengan matlamat negara itu adalah untuk menjadikan semua kenderaan menggunakan tenaga hijau menjelang tahun 2040.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Pixabay

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply