Pusingan 4 Siri Kejuaraan Malaysia 2019 (MCS) yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan pasukan Proton R3 (R3) dan jentera lumba Proton Iriz 2019 mencatat dua kemenangan. Kedua-dua pemandu pasukan tersebut, Fariqe Hairuman dan Syafiq Ali turut dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan bagi kelas M-pengeluaran.
Saingan kali ini juga menyaksikan Proton Saga 2019 turun ‘membakar litar’ buat julung kalinya dan jentera ini dipandu oleh Admi Shahrul yang membuat kemunculan semula. Jentera baharu itu berada di petak ketujuh dan berjaya menamatkan saingan di tempat keempat dalam perlumbaan pertamanya sebelum berjaya menduduki podium di tempat ketiga dalam perlumbaan kedua pada hari Ahad.
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
Usai pusingan 4 MCS di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), pasukan Proton R3 kini berada di kedudukan teratas carta kategori pemandu dan pasukan dalam kejuaraan bagi kelas M-Pengeluaran. Kini hanya tinggal baki satu lagi pusingan dalam siri 2019 dan mereka yakin mampu mengekalkan kedua-dua gelaran.
Pada perlumbaan pertama, Suprima S dan Iriz telah berada di petak hadapan dan berjaya mengekalkan kedudukan tersebut sehingga ke garisan penamat. Jentera Iriz berjaya melintasi garisan penamat lebih awal manakala pendatang baharu, Saga berada di tempat keempat.
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!
Iriz mengekalkan momentum ‘sang juara’ pada perlumbaan kedua dan Saga semakin berbisa dengan menduduki tempat ketiga dalam debut pertamanya. Ketua pasukan Proton R3 Gary Lee berkata, pusingan keempat perlumbaan MCS sangat mencabar kerana mereka mahu mencapai mata tertinggi dan pada masa yang sama berusaha untuk meningkatkan keupayaan kereta lumba Iriz dan Saga 2019. Kedua-dua jentera ini bakal kembali di Sepang 1000KM (S1K) edisi 2019.
Pasukan Proton R3 kini sedang mencari bakat-bakat pelumba baharu untuk menyertai pasukan di S1K melalui Pencarian Pelumba Wanita dan Program Mentor. Selain itu, mereka turut menjemput semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai bakat dalam rekaan grafik untuk menyertai peraduan Design For Speed.
Peserta perlu menghantar rekaan paling kreatif mereka untuk diletakkan pada kereta lumba Saga yang akan dikendalikan oleh R3 dalam perlumbaan S1K bermula dari 22-24 November nanti. Hadiah wang tunai akan diberikan kepada tiga pereka terbaik serta jemputan VIP untuk menghadiri perlumbaan tersebut. Pemenang hadiah utama bakal menyaksikan karya mereka dihiaskan pada salah satu daripada dua Proton Saga R3 yang menyertai perlumbaan itu. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan dan bagi memuat turun templat rekaan, ketik pautan ini
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya
KOMEN TERKINI