ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sistem amaran kawasan kemalangan kolaborasi Shell Helix dan Waze diperkenalkan

Views

Ini berita baik bagi pengguna aplikasi navigasi Waze. Shell Lubricants Malaysia, menerusi jenama minyak motor Shell Helix  telah mengadakan kerjasama dengan Waze untuk melancarkan amaran kawasan kerap kemalangan yang pertama di Asia. Ia bertujuan untuk menjadikan jalanraya lebih selamat bagi para pemandu sepanjang musim Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang nanti.

Mulai 16 Mei hingga 15 Julai 2017, peringatan khas daripada Shell Helix akan muncul di Waze bagi mengingatkan pemandu supaya lebih berhati-hati apabila kereta mereka menghampiri mana-mana di antara 50 kawasan kerap kemalangan di Semenanjung Malaysia. Lokasi-lokasi tersebut dikenal pasti berdasarkan data sejarah kemalangan yang dihantar oleh pengguna Waze dan pesanan hanya akan dipaparkan semasa kenderaan berhenti sepenuhnya.

Menurut Pengurus Pemasaran Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Alex Lim, Shell membawa amalan keselamatan jalanrayanya ke tahap yang lebih tinggi menerusi kerjasama pintar dengan Waze. Pengurus Perniagaan Waze Malaysia Edward Ling pula berkata, amaran kawasan kerap kemalangan tersebut adalah kombinasi unik dua ciri dalam Waze – analisis data besar, yang dijana dari komuniti pengguna jalanraya, dan ciri penempatan iklan.

Sebelum bermulanya tempoh sesak, Shell Helix juga akan mengadakan promosi istimewa penukaran minyak untuk para pengguna Waze serta orang ramai yang menyaksikan video Aidilfitrinya di YouTube atau Facebook yang bertujuan mengingatkan pemilik kereta untuk menjalankan servis kereta sebelum memulakan perjalanan ‘balik kampung’ yang lebih lancar.

Dengan menunjukkan kod promo unik yang akan dipaparkan di app Waze dan juga di video tersebut, pemilik kereta akan dapat menikmati potongan sehingga RM30 bila mereka membawa kereta mereka untuk servis penukaran minyak di bengkel-bengkel berjenama Shell Helix dan cawangan servis Lubebay di stesen minyak Shell yang mengambil bahagian.

Dilancarkan pada tahun 2014, produk utama Shell iaitu minyak motor sintetik sepenuhnya Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus yang memberikan tahap pembersihan dan perlindungan yang lebih baik serta membantu untuk memanjangkan jangka hayat enjin dan mengurangkan kos penyenggaraan. Pada 2016, Shell Helix melancarkan program waranti enjin yang pertama di Malaysia, iaitu Waranti Enjin Shell Helix (S.H.E.W) yang meliputi kos pembaikan atau penggantian 15 komponen enjin yang mungkin mengalami kerosakan sekiranya minyak motor Shell Helix gagal untuk memberikan pelinciran dan perlindungan yang sepatutnya.

Baru-baru ini, Shell Helix telah melanjutkan kelayakan bagi program itu untuk kereta yang mempunyai  jarak perbatuan 150,000 km atau kurang. Untuk maklumat lanjut mengenai barisan minyak motor Shell Helix dan maklumat mengenai promosi musim perayaan yang akan datang, sila layari www.shell.com.my/helixraya.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply