ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sistem tol gantri bakal diuji di Lebuhraya Besraya awal tahun depan

Berita Tempatan

Views

Green Packet Bhd (Green Packet) dan FETC International Co (FETCi) akan melaksanakan pembuktian konsep (POC) bagi sistem tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) buat julung kalinya di lebuh raya Malaysia.

Menurut Berita Harian, dalam satu kenyataan bersama, Green Packet dan FETCi berkata, POC untuk sistem MLFF akan dipasang di Besraya KM5.5 (Arah Utara) dan dijadualkan untuk pengumpulan data selama tiga bulan bermula awal 2022.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

POC untuk sistem MLFF adalah inisiatif penting bagi memastikan lebuh raya bebas kesesakan menerusi infrastruktur trafik yang lebih baik, seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam rangka tindakan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) Malaysia.

Pengarah Eksekutif Green Packet, Shukor Karim, berkata sebagai pemain teknologi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan pengalaman menangani cabaran digitalisasi tempatan, Green Packet akan menyalurkan dana, pandangan dan kepakaran tempatan berkenaan e-pembayaran.

Kata beliau, pihaknya amat teruja dengan pelancaran POC untuk MLFF yang pertama di lebuh raya Malaysia. Tambah beliau, sistem tol gantri ini selaras dengan usaha berterusan kerajaan dalam menambahbaik infrastruktur pengangkutan dan memastikan aliran trafik yang lebih lancar serta kurang kesesakan.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Sementara itu, Pengarah Urusan FETCi, Dr Yongchang Chang berkata, syarikat pakar Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dan sistem tol aliran bebas yang telah melaksanakan beberapa sistem MLFF di negara Asia lain, bertanggungjawab menyediakan peralatan utama serta kepakaran dalam pelaksanaan MLFF.

Jelasnya, data yang dikumpulkan daripada POC dalam tempoh tiga bulan ini akan dikongsikan bersama pihak berkuasa dan pihak berkepentingan, dengan matlamat utamanya membuktikan dan mengesahkan kebolehlaksanaan penggunaan MLFF.

Tambah beliau lagi, data serta pandangan adalah penting dalam pelaksanaan sebenar sistem ini di lebuh raya Malaysia, sejajar dengan pelan kerajaan untuk mencapai trafik yang lebih lancar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply