ARKIB

KATEGORI

Buletin

Skandal lesen juruterbang palsu – EASA gantung PIA selama enam bulan

Berita Global

Views

Berita Harian melaporkan, Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) menggantung Syarikat Penerbangan Antarabangsa Pakistan (PIA) selama enam bulan dari terbang di Kesatuan Eropah (EU) susulan hampir satu pertiga juruterbangnya memiliki lesen palsu atau meragukan.

Menurut jurucakap PIA, Abdullah Khan kepada AFP, EASA juga tidak dapat memastikan sama ada semua juruterbang PIA memiliki kelayakan selain hilang keyakinan terhadap syarikat penerbangan itu.

JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital

EASA terpaksa menggantung PIA dan syarikat penerbangan swasta kecil lain memandangkan siasatan yang dilaporkan di Parlimen Pakistan mendedahkan bahawa sebahagian besar lesen juruterbang yang dikeluarkan di Pakistan tidak sah.

Siasatan itu mendapati 262 daripada 860 juruterbang aktif Pakistan memegang lesen palsu atau menipu semasa peperiksaan, yang mana kebanyakannya bertugas dengan PIA. Malah, tindakan tersebut juga berikutan kebimbangan EASA berkenaan kemampuan pihak berkuasa untuk memastikan pengendali udara Pakistan mematuhi piawaian antarabangsa setiap masa.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Bulan lalu, satu nahas penerbangan domestik berlaku di Karachi atas kecuaian juruterbang sehingga mengorbankan 98 penumpang. Baru-baru ini, PIA meneruskan tempahan untuk lima ibu kota Eropah termasuk Paris, Milan dan Barcelona.

Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, berkata beliau akan memperbaharui PIA dan institusi kerajaan lain memandangkan tiada pilihan lain. Menteri Persekutuan untuk Penerbangan, Ghulam Sarwar Khan, berkata pembaharuan yang bertujuan untuk menyusun semula PIA akan selesai pada akhir tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply