ARKIB

KATEGORI

Buletin

Skoda tayang reka bentuk dalaman model SUV kompak Kamiq untuk pasaran Eropah

Berita Global

Views

Skoda sekali lagi mengacah netizen dengan menayangkan foto pertama rekaan dalaman model SUV kompak terbaharunya Kamiq untuk pasaran Eropah. Reka bentuknya diinspirasikan dari model Vision RS Concept yang menampilkan paparan infohiburan seakan sebuah tablet yang agak besar di tengah-tengah papan pemuka.

Ia betul-betul berada di atas corong dan butang kawalan pendingin hawa. Corong pendingin hawa di bahagian tepinya pula ditarik betul-betul ke tepi pintu dan ini memberikan kelegaan ruang pada secara visual. Rekaan papan pemukanya agak ringkas dan tipikal dengan gaya reka bentuk Skoda pada model sebelum ini, dan ia kelihatan sangat kemas, teratur serta moden.

Panel pintunya juga nampak tebal dan memberi visual kemewahan dengan sedikit sentuhan kemasan krom pada pemegang pintu yang seakan bersambung dengan satu garisan krom nipis. Meternya pula adalah digital sepenuhnya dengan saiz skrin 10.25 inci yang merupakan antara yang terbesar dalam kelasnya. Ia memamparkan susun atur grafik meter yang mudah untuk dibaca dengan pencahayaan berwarna putih yang kontras dengan latar belakang berwarna gelap.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara</a

Di belakang tombol gearnya pula kelihatan beberapa butang seperti pilihan mod pemanduan, ciri parkir automatik, sensor parkir dan mula/henti enjin. Kemasan tempat duduknya dibalut dengan upholsteri gentianmikro halus Suedia dan ia turut dilengkapi dengan stereng, tempat duduk belakang dan cermin hadapan dengan fungsi pemanas.

Yang menariknya, pemilik kenderaan ini boleh menikmati pencahayaan dalam kabin pada waktu malam dengan pilihan warna tembaga, merah atau putih. Kamiq dibina dari pelantar MQB A0 terbaharu dari kumpulan Volkswagen yang mempunyai jarak gandar panjang berukuran 2,651 mm dan ia lebih panjang 85 mm dan 91 mm berbanding Seat Arona dan Volkswagen T-Cross. Ini sekaligus memberi lebih ruang kaki untuk penumpang di belakang.

Ruang kargonya pula mempunyai kapasiti 400 liter dan ia boleh ditingkatkan kepada 1,395 liter apabila kerusi belakang dilipat sepenuhnya. Skoda akan memperkenalkan Kamiq spesifikasi Eropah dan bakal dipertontonkan di Geneva Motor Show 2019 pada bulan Mac dan pelancaran rasminya akan menyusul selepas itu.

JOM BACA >> INTIP : Papan pemuka Proton Iriz MC2 berjaya dirakam

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply