ARKIB

KATEGORI

Buletin

Skoda Vision X beri bayangan model crossover kompak untuk tahun hadapan

Views

Skoda bakal menambah satu lagi crossover baharu yang akan berada di antara Kodiaq dan Karoq dengan memperkenalkan model konsep Vision X di Geneva Motor Show 2018. Model yang diinspirasikan dari Kodiaq dan Karoq ini tampil dengan kombinasi warna hijau dengan bumbung hitam, kemasan aluminum, aksen hitam dan rekabentuk bahagian depan yang sememangnya sinonim dengan jenama Skoda. Sudah pasti versi pengeluarannya akan dikurang beberapa ciri dan model ini juga mempunyai pertalian persaudaraan dengan VW T-Roc dan Seat Arona.

Apa yang menarik mengenai Skoda Vision X?

  • Dimensinya lebih panjang dan lebar dari VW T-Roc dan Seat Arona dengan 4,250mm panjang dan 1,800mm lebar walaupun garis bumbung lebih rendah.
  • Jarak rodanya juga dipanjangkan dengan ukuran dimensi 2,645mm, ini bermakna ia 55mm lebih panjang berbanding VW T-Roc dan 80mm lebih panjang daripada Seat Arona. Ini kerana Skoda mahu Vision X menawarkan lebih ruang dan praktikaliti berbanding dua saudaranya itu.
  • Rekabentuk dalaman yang futuristik dan ranggi.
  • Bakal menjadi model hibrid pertama dalam sejarah Skoda yang bakal dilengkapi dengan enjin Gas Asli Termampat (CNG) dan petrol selain motor elektrik.
  • Model konsep Skoda Vision X dilaporkan hanya melepaskan 89 g/km of CO2. Ia dijana oleh enjin 1.5 liter empat silinder yang boleh menggunakan bahan bakar Gas Asli Termampat (CNG) atau petrol yang disokong oleh motor elektrik belakang.
  • Dilengkapi dengan pacuan empat-roda.

Skoda Vision X versi pengeluaran bakal membuat kemunculan pada separuh kedua tahun 2019. Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply