ARKIB

KATEGORI

Buletin

Smart #3 buat kemunculan di China, siap ada versi Brabus lagi!

Berita Global

Views

Selepas model cilik #1, Smart bakal memperkenalkan sebuah model hatchback yang lebih besar dikenali sebagai #3 (Namakod HC11).

Smart #3 telah diperkenalkan oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) di China. Ia berasaskan pelantar SEA Geely dan mempunyai output sehingga 428 kuasa kuda.

Pelantar SEA yang direka oleh Geely ini turut dikongsi oleh beberapa model kereta, antaranya Lotus Eletre, Polestar 3, Volvo EX90, Zeekr 001, Zeekr 002, Radar RD6, Jidu ROBO-1, Smart #1 dan banyak lagi.

Reka bentuk luaran dan dalaman model ini dihasilkan oleh Mercedes-Benz, manakala Geely bertanggungjawab untuk teknologi dan juga pembuatan.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Penggayaan luaran #3 mempunyai kesinambungan rekaan #1. Paling ketara ialah rekaan lampu hadapan, lampu belakang, cermin, pemegang pintu jenis ‘pop-out‘, logo Smart pada tiang-C dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, bentuk badan #3 berlainan dengan #1, terutama sekali garis bumbung gaya-coupe yang curam dan juga bamparnya.

Sememangnya #3 jauh lebih sporty jika dibandingkan dengan #1. Untuk versi Brabus pula, ia mempunyai liang udara pada bahagian bonet.

Dari segi dimensi, #3 mempunyai ukuran 4,400 mm panjang, 1,844 mm lebar dan 1,556 mm tinggi, manakala jarak antara rodanya pula 2,785 mm.

Jika dibandingkan dengan #1, ia 130 mm lebih panjang, 22 mm lebih lebar dan 80 mm lebih rendah. Ini bermakna, era kereta kecil Smart boleh dikatakan sudahpun berakhir.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

#3 juga agak berat dengan berat antara 1,740 kg hingga 1,890 kg, bergantung pada jenis rangkaian kuasa. Berat kasar #3 pula hampir mencecah 2,305 kg.

Varian asas #3 dijana oleh motor elektrik berkuasa 200 kW (272 kuasa kuda) pacuan-roda belakang yang dihasilkan oleh Viridi E-mobility Technology Company, yang dimiliki oleh Kumpulan Geely.

Versi pacuan-semua rodanya pula dilengkapi dengan dua motor elektrik dengan gabungan kuasa 315 kW (428 kuasa kuda). Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana #1 turut menggunakan motor elektrik yang sama.

Menurut MIIT Announcements, syarikat CALB dan Sunwoda akan mengeluarkan bateri untuk #3. Walaubagaimanapun, jarak tempuh #3 masih belum diketahui.

Adakah kemungkinan #3 akan turut dipasang di Tanjung Malim nanti? Mungkin juga model ini berpotensi untuk dijenamakan semula sebagai EV sulung Proton dalam tempoh lima tahun lagi? Sama-sama kita tunggu dan lihat!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit CarNewsChina

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply