ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart Malaysia dan Universiti Wollongong Malaysia jalin kerjasama ‘cungkil kreativiti’ pelajar tentang EV menerusi pertandingan video pendek

Berita Tempatan

Views

Selepas melancarkan #3 di Malaysia Autoshow 2024 baru-baru ini, smart Malaysia telah menjalin kerjasama dengan Universiti Wollongong Malaysia dengan menganjurkan pertandingan video pendek yang disertai oleh para pelajar.

Ia menandakan satu inisiatif yang signifikan bagi memupuk kerjasama para pelajar dalam industri EV dengan menggabungkan pendidikan aliran STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni, dan Matematik) dalam pembelajaran.

Bertemakan ‘Electrifying The Future‘, pertandingan ini bertujuan untuk memberi inspirasi dan memperkasakan generasi baharu dalam memupuk pemikiran yang kreatif, perancangan yang strategik serta penyelesaian masalah dengan membayangkan semula masa depan mobiliti menerusi penceritaan unik mereka tersendiri.

Kolaborasi ini merupakan sebuah platform yang unik bagi mengetengahkan bakat dan kemahiran penceritaan dalam penghasilan karya mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang, inisiatif ini adalah bukti dedikasi smart dalam memperkasakan pemikiran yang progresif dan bersedia mempengaruhi naratif terhadap mobiliti lestari dalam industri automotif.

Para pelajar dari Universiti Wollongong Malaysia dijemput untuk mempamerkan bakat mereka dengan menghantar video kreatif mengenai topik “Apakah yang anda fikirkan apabila kenderaan elektrik menjadi satu norma dalam komuniti pada hari ini?”

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pertandingan ini bertujuan untuk mencari pencipta kandungan (content creator) kreatif yang dapat menginterpretasikan penggunaan mobiliti lestari pada masa hadapan.

Naib Canselor Universiti Wollongong Malaysia, Profesor Dr. Hiew Pang Leang yang menyokong sepenuhnya kolaborasi berkata, inisiatif ini membina komitmen universiti itu dalam mengasah bakat generasi baharu pada masa hadapan.

Bukan sahaja meningkatkan kecemerlangan akademik dan inovasi para pelajar, tetapi juga memberikan pendedahan awal dan membuka peluang pekerjaan dalam sektov EV yang semakin berkembang pesat pada ketika ini.

Hal ini, membolehkan para pelajar mengaplikasikan pembelajaran secara langsung serta menggalakkan perbincangan mengenai bagaimana kita mempromosikan kelestarian alam sekitar sambil menyuntik elemen kreativiti dalam penghasilan video kreatif mereka.

Pada 31 Mei 2024, seramai lebih 100 orang para pelajar menghadiri taklimat yang dianjurkan oleh Universiti Wollongong Malaysia dan PRO-NET. Pertandingan ini terbuka kepada semua Fakulti di UOW Malaysia.

Syarat pertandingan ini ialah para pelajar perlu membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 3 hingga 4 orang ahli. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar video mereka yang berdurasi 2-3 minit dan tarikh penghantaran video selewat-lewatnya pada 7 Ogos 2024.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Penilaian dilakukan oleh dua orang wakil daripada setiap organisasi. Kriteria pemilihan pemenang adalah berdasarkan kreativiti, keaslian, relevan pada tema, penceritaan, dan kualiti video.

Setiap penyertaan akan dinilai dengan teliti bagi memastikan bahawa kumpulan yang memenangi pertandingan ini mengikuti tema ‘Electrifying The Future‘ dan menunjukkan pandangan inovatif mereka terhadap fungsi kenderaan elektrik dalam membentuk mobiliti lestari.

Pemenang hadiah tempat pertama pertandingan penghasilan video pendek ini akan menerima wang tunai sebanyak RM5,000 setiap kumpulan. Tempat kedua akan menerima wang tunai sebanyak RM4,000, dan di tempat ketiga akan menerima wang tunai RM3,000.

Selain itu, pemenang hadiah ‘Honourable Mention Prize‘ akan menerima wang tunai sebanyak RM1,000 dan pemenang hadiah ‘Most Likes and Shares‘ akan menerima wang tunai RM1,000.

Bukan itu sahaja, pemenang dan para pelajar dari Universiti Wollongong berpeluang untuk menyertai program Latihan Industri di smart Malaysia.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang akan diumumkan pada 2 Oktober 2024 di Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah.

Pertandingan ini bukan sahaja mencabar para pelajar untuk penghasilan kandungan video yang menarik dan kreatif, malah menawarkan laluan untuk pembangunan kerjaya melalui program Latihan Industri di PRO-NET.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply