ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart Malaysia lancar program kesetiaan pelanggan dikuasakan sistem rantaian blok

Berita Tempatan

Views

smart Malaysia telah memperkenalkan program kesetiaan pelanggan yang inovatif, mengubah cara pelanggan berinteraksi dengan jenama ini.

Dikuasakan oleh sistem rantaian blok (blockchain) Geno W3-D2C (Web3 Direct-to-Customer), platform ini menyediakan ekosistem yang telus serta memfokuskan kepada pelanggan dalam memberikan ganjaran yang menarik.

Pelanggan boleh mendapatkan mata ganjaran melalui aktiviti harian seperti berinteraksi di media sosial, membuat rujukan, dan pemanduan.

Dengan sokongan teknologi rantaian blok, program ini memastikan ketelusan, keselamatan, dan kawalan penuh terhadap data pelanggan.

Intipati utama program ini ialah smart Points, mata ganjaran yang tidak pernah luput dan disimpan menggunakan kontrak smart berasaskan rantaian blok.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Buat pertama kalinya, semua aktiviti disatukan dalam satu platform digital yang diintegrasikan dengan sempurna dalam aplikasi Hello smart.

Inisiatif ini meletakkan smart sebagai “Rakan Sepanjang Hayat,” menekankan hubungan pelanggan yang lebih kukuh dalam setiap perjalanan.

Hanya dengan satu ketikan, pelanggan boleh mengumpul mata dan menukarkannya dengan ganjaran yang eksklusif, termasuk kredit pengecasan EV dan barangan rasmi smart.

Berikut adalah tiga cara utama untuk pelanggan mengumpulkan mata, iaitu:

  • Social-to-Earn – Pengguna boleh berinteraksi dengan smart di media sosial dan memperoleh mata untuk interaksi seperti menekan butang kongsi, suka dan mendapatkan paparan.
  • Referral-to-Earn – Menggalakkan pelanggan sedia ada untuk menjemput rakan-rakan mereka untuk mencuba jenama smart, memberi ganjaran kepada kedua-dua pihak seperti mendaftar, memandu uji, atau membeli kenderaan.
  • Drive-to-Earn – satu ciri yang sedang dibangunkan, membolehkan pemilik kereta smart memperoleh ganjaran dengan berkongsi data pemanduan mereka untuk membantu penambahbaikan produk. Inisiatif ini menggalakkan pelanggan untuk bersama-sama mencipta dan mengembangkan komuniti smart.

Melalui program smart Points yang baharu, pelanggan kini boleh menebus mata untuk pelbagai ganjaran, termasuk barangan eksklusif yang tersedia di Aplikasi Hello smart dan pengecasan EV secara percuma.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

smart Points menawarkan tiga jenis cara untuk mendapatkan mata: Social-to-Earn, Referral-to-Earn, dan Purchase-to-Earn. Sila rujuk jadual di bawah untuk peraturan khusus:

JenisPerkaraGanjaran (Points)
Social to earnDaftar1,000
Semak Masuk Harian10
Menyukai Pos10
Kemas Kini Pos50
Berkongsi Pos50
Mendapatkan Paparan2,000
Pandu uji kenderaan5,000
Purchase to earnMembeli Kereta smart100,000
Membeli Semula Kereta smart100,000
Referral to earnMengajak Rakan untuk sertai100
Mengajak Rakan untuk Pandu Uji5,000
Mengajak Rakan untuk Membeli Kereta smart50,000

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, inisiatif program kesetiaan pelanggan ini direka untuk mewujudkan hubungan yang erat bersama pelanggan dan mengiktiraf penglibatan mereka dengan jenama smart.

Pelancaran ini juga seiring dengan sambutan ulang tahun pertama smart Malaysia. Pemilik sedia ada akan memperingati pencapaian ini di smartAway yang dijadualkan pada bulan Disember.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply