ARKIB

KATEGORI

Buletin

SOCAR Malaysia lancar TREVO

Berita Tempatan

Views

SOCAR Malaysia semalam melancarkan pasaran perkongsian kereta individu-ke-individu yang terbaharu dan paling inovatif, dikenali sebagai TREVO. Pasaran berasaskan aplikasi itu membolehkan pemandu (tetamu) menempah sebarang kenderaan yang memenuhi kehendak dan keperluan mereka daripada pemilik kereta terdekat (hos) yang merupakan angggota komuniti Trevo.

TREVO berbangga kerana sentiasa berinovasi dan salah satu matlamat utamanya adalah untuk memudahkan hos untuk berkongsi kenderaan mereka dan mengakses peluang pendapatan baharu. Kepercayaan dan keselamatan juga merupakan keutamaan penting bagi TREVO dan ia berhasrat untuk menggunakan kepakaran teknologi dan operasi yang dimiliki bagi memastikan kenderaan hos sentiasa dilindungi.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh En. Muhammad Azmi Zulkifli, Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL. Turut hadir, En Shin Jung-Ho, Naib Presiden Eksekutif SK Holdings Co Ltd. (SK Holdings). TREVO – yang diperbadankan sebagai Future Mobility Solutions Sdn Bhd, dimiliki penuh oleh SOCAR Mobility Malaysia Sdn Bhd (SOCAR). SOCAR adalah sebuah syarikat yang 60 peratus dimiliki oleh SK Holdings – sebahagian daripada SK Group dari Korea Selatan manakala 40% pegangan lain dimiliki oleh SOCAR Korea.

Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Mobility Malaysia, En. Leon Foong berkata, menerusi TREVO, mereka menunjukkan komitmen terhadap ekosistem multiflex dengan membenarkan segmen baharu pengguna untuk meraih pendapatan menerusi perkongsian kereta apabila tidak menggunakannya bagi meringankan beban pembayaran ansuran bulanan kenderaan masing-masing.

Malaysia merupakan salah satu daripada nisbah tertinggi pemilikan kereta persendirian di dunia (93 peratus) dan kekerapan tertinggi bagi pemilikan pelbagai kereta dalam setiap isi rumah di peringkat global (54 peratus). Naib Presiden Eksekutif, SK Holdings Co Ltd, En. Shin Jung-Ho pula berkata, pihaknya amat teruja membuat pelaburan untuk membawakan inovasi dalam bidang pengangkutan seperti TREVO ke Malaysia.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Sementara itu, Cik Susan Teoh, Pengurus Besar TREVO berkata, menerusi TREVO, pihaknya ingin memperkasakan rakyat Malaysia untuk memacu impian mereka. Bagi Tetamu, mereka menyediakan lebih banyak pilihan mobiliti, manakala bagi Hos, mereka menawarkan peluang untuk meraih pendapatan tambahan bagi mengimbangi kos pemilikan sebuah kereta.

Menerusi TREVO, Tetamu boleh meminjam sebuah kereta pada kadar serendah RM55 sehari bagi Perodua Myvi atau memanjakan diri dengan pengalaman mewah memandu sebuah Rolls Royce buat sehari. Mereka juga boleh memilih untuk memandu model kompak, hatchback, sedan, coupe, SUV mahupun 4×4.

Bagi Hos, mereka boleh meraih nilai bayaran ansuran bulanan kereta sekiranya berkongsi kenderaan yang dimiliki sekurang-kurangnya 6 hingga 8 hari sebulan. Hos-hos diberi kuasa untuk menentukan harga mereka sendiri, tetapi memastikan ia masih dalam lingkungan harga yang ditetapkan dalam algoritma TREVO.

Hos-hos korporat seperti syarikat sewaan kereta juga boleh menyenaraikan kenderaan mereka di TREVO. Aplikasi TREVO boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Play Store.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply