ARKIB

KATEGORI

Buletin

SOCAR tawar perkhidmatan perjalanan antara bandar

Berita Tempatan

Views

Platform sewa kereta atas talian SOCAR kini menawarkan perkhidmatan One-Way Intercity yang menawarkan kembara jalanan atau perjalanan antara bandar. Pengguna boleh menempah kereta yang sesuai dengan keperluan anda daripada senarai lebih 2,000 kereta, merangkumi 27 model berbeza.

Perkhidmatan One-Way Intercity membolehkan pengguna menempah perjalanan sehala sama ada dari atau ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru tanpa sebarang bayaran tambahan bagi perjalanan sehala. Untuk membuat tempahan, anda hanya perlu membuka aplikasi SOCAR untuk melihat lokasi zon ‘ambil’ (pick-up) dan ‘tinggal’ (drop-off) yang ada, sebagaimana ditunjukkan oleh pin ‘antara bandar’ (Intercity).

Kemudian, pilih zon ambil dan tinggal yang sesuai untuk perjalanan anda bagi mengesahkan tempahan, dan anda bersedia untuk membuat perjalanan. Zon antara bandar yang disediakan termasuklah Bangsar di Kuala Lumpur, Bayan Lepas di Pulau Pinang dan Ah Yit di Johor Bahru. Layari https://blog.socar.my/2019/12/24/intercity/ untuk maklumat lanjut.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Berikut adalah senarai lokasi pin Intercity:

Kuala Lumpur:
Bangsar – MidValley City – Zone C P1 Entrance
Bangsar – KTM Kuala Lumpur
Bukit Bintang – Lot 10 Shopping Centre – Valet Carpark
Mont Kiara – Desa Sri Hartamas
Wangsa Maju – Open Site – PV 128
Subang Jaya – Open site – Lot 50700
Subang Jaya – Everyday Mall
Cyberjaya – The Arc
PJ South – Open Site – Durian SS2
Shah Alam – KTM Batu 3

Johor Bahru:
Ah Yit – Parking Lot
Nong Chik Riverside
KSL Hot Spring Resort
Sutera Mall

Pulau Pinang:
Bayan Lepas – PS Bayan Baru
George Town – Lorong Kinta – Open Site
Butterworth – Tesco Extra Seberang Jaya



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Perkhidmatan SOCAR juga boleh didapati di lapangan terbang, antaranya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi memudahkan keperluan pengangkutan anda. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat SOCAR Malaysia telah mengembangkan perkhidmatannya ke Ipoh bermula Jumaat, 17 Januari 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Malaysia, Leon Foong berkata, pengguna boleh memilih kereta daripada model seperti Honda City, Perodua Axia, Perodua Myvi dan Toyota Altis dan boleh mengambil kenderaan mereka di lokasi-lokasi seperti KTM Ipoh, Tesco Ipoh Garden, Caltex Jalan Kampar, Caltex Canning Garden dan Caltex Jalan Pasir Puteh.

Selain itu SOCAR akan melancarkan kereta tambahan di Ipoh Parade dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Sepanjang tempoh pengenalan, pengguna baru di Ipoh boleh menikmati 3 jam percuma ke atas 2 tempahan SOCAR pertama mereka bermula dari sekarang hingga 31 Januari 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply