ARKIB

KATEGORI

Buletin

SOP PKP Tahap 2 dipertingkatkan, bermula 1 April

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu sidang media petang tadi, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah membuat pertimbangan untuk mempertingkatkan SOP, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 2 yang akan dikuatkuasakan mulai 1 April 2020.

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?

PKP Tahap 2 ini berbeza daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Simpang Renggam dan Hulu Langat. Antara yang diputuskan hari ini:

  • Semua premis perniagaan yang menjual keperluan harian termasuk pasar raya dan pasar dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.
  • Restoran, kedai makan dan perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
  • Stesen minyak dihadkan waktu operasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

  • Kerajaan menggalakan orang ramai supaya membuat pembelian secara atas talian (online).
  • Waktu operasi pengangkutan awam dari 6.00 pagi hingga 10.00 pagi dan dari 5.00 petang hingga 10 malam sahaja.
  • Kenderaan persendirian hanya dibenarkan antara jam 6.00 pagi sehingga 10.00 malam, termasuk perkhidmatan e-hailing dan teksi.
  • Semua kenderaan persendirian hanya dibenarkan seorang sahaja, iaitu pemandu kecuali waktu kecemasan.
  • Pengangkutan komersial melibatkan barangan keperluan seperti makanan dan perubatan digalakkan beroperasi dari 7.00 malam sehingga 7.00 pagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply