ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sorento dan Sportage taruhan terbaharu KIA Malaysia

Views

Peperangan SUV di Malaysia kini semangit sengit. Semalam, Naza Kia Malaysia yang merupakan pengedar rasmi jenama KIA di Malaysia telah melancarkan dua model SUV terbaharu Sorento dan Sportage. Kedua-dua model ini disasarkan kepada golongan yang aktif dan mencari kenderaan yang memenuhi gaya hidup mereka.

“Pasaran segmen SUV di Malaysia kini semakin meningkat sejak 2012. Hanya tiga tahun sahaja pasaran segmen ini telah berkembang kepada 88.9%, dengan hampir 59,000 unit telah terjual dan menguasai 8.8% pasaran. Kami jangka dengan pengenalan kedua-dua model ini mampu meningkatkan jumlah jualan dan mencapai sasaran yang ditetapkan,” kata Dato’ Samson Anand George, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings.

KIA Sorento

Model generasi baharu KIA Sorento ini tampil dengan rekabentuk premium yang menggabungkan gaya, praktikaliti dan teknologi.  Sorento juga telah berjaya menggondol beberapa anugerah rekabentuk seperti Red Dot Awards dan iF Design Awards selain mendapat pengiktirafan dari JD Power, majalah Road & Travel, SUV Keluarga Terbaik di Australia dan banyak lagi.

Antara ciri ciri menarik pada KIA Sorento baharu adalah :

  • Lampu depan projektor dengan lampu nyalaan siang LED
  • Jeriji depan ‘tiger-nose’ yang besar dengan corak kubik tiga-dimensi
  • Rim aloi kemasan krom bersaiz 19-inci yang pertama untuk model KIA (varian premium)
  • Dua pilihan enjin, petrol dan diesel. Untuk varian petrol ia dikuasakan oleh enjin Theta II 2.4 MPI dengan Dual Continuously Variable Valve Timing (CVVT) yang mampu menghasilkan 171 PS dan 222.6 Nm tork dan dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan automatik. Untuk varian diesel pula, ia dilengkapi enjin R 2.2 CRDi yang mampu menghasilkan 200 PS dan 441.3 Nm tork dan turut dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan automatik.
  • Ruang kabin dihiasi dengan bahan sentuhan-lembut dan kemasan kulit yang menampakkan ciri moden dan mewah.
  • Paparan skrin LCD TFT bersaiz tujuh inci
  • Sistem Bantuan Parkir Pintar
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
  • Brek parkir elektronik
  • Suspensi depan dengan topang Macpherson dan Multi-Link di bahagian belakang
  • Sistem AWD inovatif yang membolehkan Sorento merentasi laluan yang mencabar dan licin selain meningkatkan kestabilan semasa di selekoh
  • Enam beg udara, ESC, ABS, HAC dan VSM
  • Sorento mendapat pengiktirafan lima-bintang Euro NCAP, NHTSA NCAP dan IIHS’s Top Safety Pick.
  • Tiga pilihan warna yang menarik : Clear White, Aurora Black Pearl dan Silky Silver.

Harga bagi model generasi baharu KIA Sorento varian 2.2L CRDI ialah RM155,888, varian 2.4L MS pula berharga RM165,888 manakala untuk 2.4L HS harganya ialah RM175,888. Kesemua varian datang dengan waranti lima-tahun tanpa had perbatuan mengikut terma dan syarat.

The All New Sorento and All New Sportage Launch 3

KIA Sportage

Sportage serba baharu menampilkan rekaan yang mantap dengan gabungan bentuk yang lembut dan tajam diinspirasikan daripada jet pejuang moden yang ikonik. Buat pertama kalinya spesifikasi baharu ‘GT Line’ diperkenalkan kepada pelanggan Sportage.

Rekabentuk dan kejuruteraannya disasarkan kepada mereka yang mencari pengalaman pemandua sporty dari Sportage, selain memberikan visual lang lebih mengagumkan dan penampilan yang lebih dinamik. Sportage juga merupakan pemenang anugerah rekabentuk produk ‘Red Dot Awards’ 2016 dan diiktiraf oleh IIHS untuk Top Safety Pick+ pada 2016.

Antara ciri ciri menarik pada KIA Sportage baharu adalah :

  • Lampu depan dengan lampu nyalaan siang LED dengan rekaan yang elegan
  • Jeriji depan ‘tiger-nose’ dan lampu kabus LED berbentuk kiub ais
  • Ruang dalaman yang selesa dengan pemilihan bahan yang premium selain lebih kalis bunyi yang mengurangkan bunyi dari luar
  • Sistem bunyi JBL dengan lapan pembesar suara dengan teknologi Clari-fi
  • Paparan skrin TFT-LCD bersaiz 4.2-inci
  • Tempat duduk kuasa untuk pemandu dan penumpang
  • Dikuasakan oleh enjin Nu 2.0-liter MPI, yang mampu menjana 155 ps dan 192 Nm tork dan dilengkapi dengan Dual Continuously Variable Valve Timing (CVVT) serta dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan automatik
  • Suspensi depan dengan topang Macpherson dan Multi-Link di bahagian belakang
  • Enam beg udara, ESC, ABS, HAC dan VSM
  • Struktur badannya menggunakan Advanced High Strength Steel (AHSS)
  • Empat pilihan warna yang menarik : Mercury Blue, Fiery Red, Snow White Pearl dan Mineral Silver
  • Mendapat penarafan lima-bintang Euro NCAP

Harga bagi model generasi baharu KIA Sportage varian 2.0L KX ditawarkan pada harga RM121,888, manakala untuk varian 2.0L GT pula harganya ialah RM141,888. Kesemua varian datang dengan waranti lima-tahun tanpa had perbatuan mengikut terma dan syarat

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

Kia Champ Into The Arena 2016 winner(1) The All New Sorento and All New Sportage Launch 1 The All New Sorento and All New Sportage Launch 3

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply