ARKIB

KATEGORI

Tular

Spiderman tak dan nak tolong… siapa suruh “wheelie”

Tular

Views

“Maafkan Spiderman kerana tak sempat nak tolong”. Itu antara reaksi ‘nakal’ warganet apabila melihat klip video aksi lagak ngeri seorang penunggang motosikal menunjukkan kemahiran ‘wheelie’ yang berakhir dengan kemalangan.

K! ONLINE melaporkan, menerusi klip video berdurasi 26 saat itu, kelihatan seorang penunggang motosikal tercampak dari kenderaannya selepas melakukan aksi ‘wheelie di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Lebih membahayakan, pemuda berkenaan dipercayai tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Pada masa sama, kelihatan seorang penjual jalanan yang mengenakan kostum Spiderman berdekatan kejadian kemalangan itu.

Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah kawasan di Bangi, namun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kejadian.

Susulan perkongsian klip video itu, rata-rata warganet mengutuk perbuatan lelaki berkenaan yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah pengguna jalan raya lain.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

“Nak menunjuk ‘bakat’ sangat sekali tergolek atas jalan raya, sakit dapat malu pun dapat, nasib baik tidak langgar orang lain,” tulis Hakim Ruslan.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Dayangku Sarah.

“Maafkan spiderman kerana tak sempat tolong, mungkin spiderman masih terkejut. Lain kali kalau nak tunjuk ‘skill’ sila masuk litar bukan di jalan raya”.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply