ARKIB

KATEGORI

Buletin

SPRM gempur Deftech – CEO, CFO direman empat hari

Berita Tempatan

Views

Berita ini bakal memanaskan pagi anda. DRB-Hicom Bhd dalam satu kenyataan semalam mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan ke atas anak syarikatnya, Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech).

Dalam kenyataan itu juga, DRB-Hicom berkata, pihaknya dan Deftech akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkaitan perkara itu. Deftech adalah syarikat 100 peratus milik DRB-Hicom yang menjalankan aktiviti membuat, memasang dan membekal antaranya kenderaan tentera dan komersial.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!

Semalam, Harian Metro melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) serta Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah syarikat swasta ditahan SPRM kerana menerima suapan bagi projek pembekalan peralatan kereta kebal milik agensi pertahanan negara.

Mereka disyaki menerima wang suapan membabitkan projek pembekalan peralatan kenderaan itu bernilai lebih RM17 juta. Sumber SPRM berkata, Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan kedua-dua suspek direman empat hari sehingga Khamis ini selepas SPRM mengemukakan permohonan berbuat demikian di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.

JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

CEO lelaki berusia 45 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, jam 10 malam manakala CFO wanita berusia 53 tahun pula ditahan pada jam 11.50 malam di lokasi sama. Kedua-dua suspek disyaki menerima wang rasuah berjumlah ratusan ribu ringgit daripada beberapa syarikat berkaitan penganugerahan projek pembekalan peralatan kereta perisai AV8 dan Adnan antara 2014 sehingga 2017.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan pihaknya turut menyita wang tunai RM100,000 serta dokumen berkaitan projek berkenaan. Selain dua suspek itu, SPRM turut memanggil beberapa saksi lagi bagi dirakam keterangan. Lebih ramai saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Facebook DRB-HICOM Defence Technologies.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply