ARKIB

KATEGORI

Buletin

SPRM tumpaskan kartel ‘diskaun saman trafik’, 11 individu ditahan

Berita Tempatan

Views

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar aktiviti rasuah membabitkan sindiket pengurangan saman trafik dari beberapa negeri sejak 2016 hingga kini transaksi wang berjumlah lebih RM5 juta.

Menurut Harian Metro, susulan itu, SPRM menahan 11 individu membabitkan empat anggota polis, enam penjawat awam dan seorang orang awam. Sumber berkata, sembilan daripada mereka sudah direman bagi membantu siasatan sementara dua lagi dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Perintah tahanan reman selama tiga hari bermula semalam sehingga 7 Oktober 2022 itu dikeluarkan Majistret, Irza Zulaikha Rohanuddin, selepas meluluskan permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut sumber, sindiket berkenaan dipercayai mencari individu yang ingin menyelesaikan saman trafik dengan membayar sejumlah wang lebih rendah daripada nilai saman.

Selepas menerima wang itu, sebahagian jumlah berkenaan akan dimasukkan ke hasil kerajaan manakala selebihnya akan dikongsi dengan beberapa suspek yang bertugas di Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kemudian, suspek akan mengeluarkan nama individu yang disaman daripada sistem PDRM.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Bayaran ini akan dikutip anggota sindiket seterusnya menyerahkan kepada pegawai yang membuat pengurangan kompaun menerusi sistem. Difahamkan, sebanyak 60 akaun bank daripada suspek berjumlah keseluruhan kira-kira RM184,000 dibekukan oleh SPRM.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Jelas beliau lagi pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk memanggil beberapa lagi saksi terdiri daripada pegawai dan anggota polis serta orang awam bagi membantu siasatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply