ARKIB

KATEGORI

Buletin

SPS Lindung – Hampir kesemua rakan penghantar Grab Malaysia dan Foodpand kini dilindungi Perkeso

Berita Tempatan

Views

Lebih 145,000 penghantar barangan dan makanan yang menggunakan motosikal, basikal atau berjalan kaki dan juga rakan penghantar di seluruh negara kini dilindungi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menurut Harian Metro, inisiatif itu tercapai apabila dua platform penyedia perkhidmatan terkemuka, Grab Malaysia dan Foodpanda mendaftarkan hampir kesemua rakan penghantar mereka di bawah program SPS Lindung.

Program yang dilaksanakan hasil kerjasama strategik antara Perkeso dan platform penyedia perkhidmatan ini adalah satu lagi pendekatan proaktif dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS), termasuk rakan penghantar ini.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, Perkeso menyambut baik dan menyanjung keprihatinan serta rasa tanggungjawab yang dizahirkan oleh kedua-dua peneraju utama platform penyedia perkhidmatan dalam mendaftar dan mencarum rakan penghantar mereka.

Kata beliau, komitmen dan teladan kedua-dua syarikat itu dalam memberikan perlindungan sosial kepada kelompok rakan penghantar ini bukan sahaja akan membangkitkan semangat mereka untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, bahkan patut dicontohi oleh platform penyedia perkhidmatan lain.

Beliau menyeru semua platform penyedia perkhidmatan untuk turut mengikuti jejak langkah Grab Malaysia dan Foodpanda dalam menzahirkan keprihatinan mereka terhadap rakan penghantar, seterusnya menyokong usaha kerajaan dengan memastikan rakan penghantar mereka didaftar, dicarum dan dilindungi.

Tambahnya, bagi memastikan golongan ini dilindungi dan menggalakkan mereka mendaftar, kerajaan melalui SPS Lindung, menyediakan bantuan berbentuk pembiayaan penuh caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pelan 2 iaitu RM232.80 untuk tempoh perlindungan selama setahun.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Selaku peneraju dalam kalangan 133 platform penyedia perkhidmatan di Malaysia, Grab Malaysia dan Foodpanda adalah dua platform pertama yang tampil menyahut seruan terbabit dan hasilnya, rakan penghantar di bawah naungan mereka kini dilindungi Skim Bencana Pekerjaan di bawah SKSPS.

Selain itu, beliau berkata, berdasarkan statistik Perkeso, sehingga 9 Julai lalu, 64,773 pencarum aktif terdiri daripada rakan penghantar kini berdaftar dan mencarum di bawah SKSPS. Kata beliau, jumlah itu merangkumi 39 peratus daripada jumlah keseluruhan OBS aktif yang mencarum dengan Perkeso iaitu 166,189 orang.

Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan 2.72 juta OBS yang direkodkan Jabatan Statistik Malaysia, jumlah OBS yang mencarum dengan Perkeso adalah masih rendah, iaitu hanya 6.1 peratus. Program SPS Lindung adalah pakej perlindungan Perkeso kepada mereka yang bekerja sendiri yang diumumkan kerajaan semasa pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November 2020.

Antara manfaat perlindungan keselamatan sosial yang disediakan dalam SKSPS adalah Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS), Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK), Faedah Orang Tanggungan (FOT), Faedah Pengurusan Mayat (FPM), Elaun Layanan Sentiasa, Faedah Pinjaman Pendidikan dan Kemudahan Pemulihan Jasmani dan Vokasional.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mashable SE Asia

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply