ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Spyshots model CH@P3-22A di Sri Hartamas!

Views

Proton-Preve-Hatchback-Spy-Shots-230613-01

Lagi spyshots model CH@P3-22A telah dimuatnaik di laman web www.wemotor.com. Spyshots ini berjaya dirakam oleh Nazrin Idris di Sri Hartamas pada hari Ahad lepas. Hari Ahad pun staf unit H&T (Homologation & Testing) Proton bertungkus-lumus menguji model ini yang dijangka diperkenalkan selepas Hari Raya Aidilfitri, kemungkinan pada bulan Ogos/September.

Proton-Preve-Hatchback-Spy-Shots-230613-02

Kali ini kita boleh lihat bentuk rim yang digunakan, tak silap saya sama je dengan rim Inspira 17 inci tu. Tapi bahagian dalaman masih lagi belum dapat dirakamkan, harap spyshots selepas ini dapat la shot interior model ni, nak juga tahu apa yang berbeza dengan model Prevé.

Proton-Preve-Hatchback-Spy-Shots-230613-03

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

35 Comments


  • Kaler putihnya tidak seputih exora sebelah tu. Macam kekuning-kuningan sedikit. Putih Preve sedan rasanya sama macam putih exora.


  • Agak2 dia testing apa lagi ya?

    p/s: harap2 proton sediakan cermin tinted sebagai standard. so jadi la mcm kereta2 mewah sket. lagi pun tak payah pengguna yang pegi kedai pasang sendiri..


  • Apabila tgk preve hatchback ni, banding dgn mazda 3 hatchback, bagai langit dgn bumi. proton kena belajar sungguh2 lagi kalau nak maju.


  • sbnr nye design preve tu dah cantik, tp proton nyer touch up masih nampak low kualiti, dan pilihan bahan pun tak bape premium

    warna interior pun main peranan jgk.. design luar dah ok

    cuma tang benda kecik2 je proton masih tak ambik kisah terutama part fitting


  • Interior Mazda 3 yg sekarang ni agak plastic…Rekaan bagus, cuma material terasa murah. Preve lebih bagus dalam hal ini.

    Mazda 3 yang akan datang ini, pada saya exteriornya selaras dengan tahun 2013. Rekaan Preve agak terkebelakang @ tertinggal 2 generasi. Seolah2 macam sepatutnya dah ada Preve Mk3 pada masa sekarang.

    Harap design GSC update dengan masa 2014.


  • bg sy kualiti proton dh ok skang ni cuma design preve hatchback ni mmg sudah ketinggalan brbanding jenama keta lain. lihat shj mazda3 yg terkini, design yg up to date samada luaran atau dalaman, walaupun dalamannya mendapat inspirasi kereta bmw. sy mmg sedang mencari kereta baru dan minta maaf, proton tiada dlm pilihan sy. proton perlu kerja keras dan pantas, jika tidak, proton akan lebih jauh ketinggalan.


  • Bandingkan dengan Mazda 3 baru yang berkemungkinan harga mencecah 130k. Mampukah atau bersediakah kita kalau Proton menjual kereta berharga 130k dengan kualiti yang sama walaupun? Mesti ada yang cakap, Proton mesti murah. Tak boleh jual mahal.


  • @photic

    Tapi ramai yang bandingkan kereta proton C hatchback dgn kereta C hatchback yang lain. Rata-ratanya harga lebih 100k. Jika mahu material interior yang premium, harga pun mestilah naik. Yakin tidak yakin, kene terima hakikat kos akan meningkat bila kualiti meningkat.

    Tapi kita tak nak harga proton naik. Kita nak murah. Apa yang boleh Proton bagi? Kene cut cost sana sini.

    Tidak ada kereta murah, tapi material dan kualiti premium. Kalau Proton boleh buat, tutup semua syarikat kereta lain.

    Cuba cari kereta harga 70k yang ada spesifikasi Preve atau lebih baik dari Preve dalam segmen C. Tak ada.


  • kalau nak compare dengan yang lain,

    kena ingat juga. bukan dari segi design dan kualiti material sahaja yang berbeza.
    banyak lagi bezanya sebenarnya..

    Dari segi teknologi enjin dan engineering lain pun…jenama lain dah apply teknologi direct injection , hyper lean burning, engine start stop, energy regeneration, weight reduction, low rolling resistance tires, aerodinamik dan low ride height, teknologi suspensi, teknology transmission, even electronic power steering system pun proton tak aply lg kot..

    Mcm blueefficiency, skyactiv, ecoboost, GDI TSI FSI tu bukan pada nama sahaja…

    memang banyak sangat proton nak kena catch up..


  • @ruffstuff…sebab tu saya kata jgn bandingkan harga kereta mazda dan lain2 kereta import di Msia ni. harga tu bukan harga sebenar kerana tax+untung pengedar telah menjadikan ia mahal. Daya saing proton dalam kos pengeluaran sangat lemah.

    @imran..sy bersetuju dgn pandangan saudara. teknologi mereka sangat maju. mungkin 10-20 tahun baru proton dpt menggunakan teknologi yg ada sekarang.


  • @photic

    Kita tak bandingkan, tapi orang akan bandingkan. Dan ianya tetap akan dibandingkan.
    Kalau nak ikut tax, harga kereta import tax lebih kurang dgn kereta tempatan juga. Syarikat kereta import margin nya tinggi. Ada artikel pengiraan cukai eksais yang dikaut kerajaan sebenarnya tak sampai 10% dari apa yang sepatutnya. Sebenarnya syarikat kereta yang mengambil kesempatan menetapkan harga tinggi.

    Boleh kata Proton sudah ‘mahir’ dalam mengurangkan kos pembuatan. Mahir disitu macam kepala gear tercabut, plastik murah ditempat2 tersembunyi etc.

    Benda ini tak dapat elak selagi rakyat malaysia masih menuntut Proton jual harga kereta dengan harga rakyat.

    Ramai yang masih mengeluh harga Preve 70k. Padahal itu paling murah dan kereta paling selamat dalam segmen C.


  • Baca artikel ini
    http://econsmalaysia.blogspot.com.au/2013/06/how-much-would-car-prices-come-down-if.html

    Data-data diambil terus dari treasury dan statistic.org

    Esais duty bukan satu-satunya sebab kereta mahal, pengeluar sendiri yang ‘enjoy’ dengan tanggapan ini. Selagi takda competition atau penyebab untuk harga kereta turun, selagi itu harga kereta akan mahal.

    Artikel sokongan:
    http://www.livelifedrive.com/malaysia/news/view/3755/excise-duty-unchanged-government-in-a-bind-after-promising-lower-car-prices

    Ada disebut top car manufacturer mengambil untung lebih.


  • RM 75,197.90- inilah harge honda civic 1.8 di langkawi tanpa excise duti.. dan proton preve premium Rm 69500. dan kualiti antare keduenye memang x perlu diceritekan.semue tau kot.

    harge sebenar kedua2 kereta tersebut tidak jauh berbeza.Tak pelik jika orang merungut preve 70k.

    Kite tak boleh selamanya membri alasan proton masih baru dlm industri,industri automotif sgt kompetitif.kos tinggi etc…Proton mesti mengubah company attitude.x boleh bagi alasan lagi..dunie skrg ni sape x efficient akan tertinggal..x mustahil proton boleh menguasai pasaran dunia…

    sye tak pasti mengenai environment sebenar dlm proton skrg..ade sape2 boleh kongsi?


  • @Stylo

    Proton dilangkawi masih ada cukai eksais. Akta Kastam 1967 & 1976 dan enakmen2 pindaan ada sebut Kereta tempatan duti eksais masih dikekalkan, kecuali cukai jualan.

    Kereta selain Proton sudah takda cukai eksais, tapi kenapa masih mahal?

    Kereta Proton keluar kilang terus kena cukai eksais belum sampai showroom.


  • saya akui yg sy agk kecewa dgn rekaan dashboard preve. syg seribu kali syg kerana soft material tidak dpt melindungi rekaan dashboard yg sungguh plain. bila tgk warna dashboard preve exec lglah nmpk murah. sy tertanya2, siapalah interior designer preve kerana dlm video promo preve dulu xde pulak interior designernya ditemubual.

    proton dah ada kemudahan, kepakaran. knp tidak usaha lebih sikit untuk mantapkan design, fit n finish? setiap kali proton keluarkn kereta baru, rasa down bila tgk bab fit n finish.


  • 1. Harga kereta masih sama walaupun AFTA, JAFTA, FTA dilaksanakan kerana yang dihapuskan adalah duti import, manakala duti eksais dinaikkan.
    2. Sebelum 2007, duti import kebanyakannya mula dikurangkan namun dalam masa yang sama duti eksais dinaikkan.
    Contoh:- Duti import sebelum ini 30%, duti eksais 50%, selepas FTA duti import 0% duti eksais 80%, jadi cukai masih sama nilainya, cuma nisbahnya berlainan
    3. Duti eksais dikenakan ke atas semua jenis kereta pemasangan tempatan atau import. Bila duti eksais naik, mangsanya adalah kereta keluaran tempatan.
    Contoh:- Sebelum ini Proton 0% duti import 50% duti eksais, selepas FTA duti import 0%, duti eksais 80%
    4. Pengeluar seperti Honda & Toyota gunakan harga termasuk cukai ini sebagai margin keuntungan. Maknya untung lebih.
    5. VW jadi kereta mewah di Malaysia disebabkan struktur cukai ni ke atas harga kenreta mereka, walhal di Eropah VW Golf tu tarafnya sama dengan Myvi, Polo sama dengan VIVA.
    6. Tok Pa dah jelas cakap 2 hari lepas, kerajaan tidak akan menurunkan eksais duti kerana hasilnya RM7billion setiap tahun, nak kurangkan defisit negara katanya.
    7. Bila nak beli kereta, ukur baju di badan sendiri, bukan biar papa asal bergaya. Biar kereta tu jadi hamba kita, bukan kita jadi hamba kereta.
    8. Di Jepun, pengangkutan awam tersangat2 baik, menyeluruh, menepati masa. Walaupun kereta murah, orang Jepun tak nak beli kereta pun.
    9. Sebenarnya, penduduk negara jiran ASEAN kita ada juga rasa iri hati tengok kita ada kereta yang dibangunkan anak tempatan, walaupun tahu ia venture yang merugikan jika salah langkah. Sebab tu Thailand rasa cukup dengan tarik pengeluar kereta melabur di negara mereka dariapada membangunkan kereta mereka sendiri, semata-mata untuk keuntungan monetari.
    10. Kelamahan utama Proton adalah ‘scale of economic’ memandangkan pasaran Malaysia cuma 28 juta penduduk sahaja.
    11. Kelemahan satu lagi adalah isu arrogant dan quality sewaktu tahun2 antara 1990-an ke 2005 yang mencalarkan imej Proton di mata rakyat Malaysia (Power Window?)
    12. Rakyat kita dijajah terlalu lama. Kita selalu perlekeh kemampuan anak tempatan dan agungkan orang luar. Ramai yang masih tak tahu Livina, Innova, Avanza tak pernah ada pun di negara Jepun (produk dibangunkan di China, Thailand dan Indon) walaupun jenama nya Cap Jepun.
    13. VW Polo sedan pun kat German tak ada kerana ia dibangukan khas di India dengan nama VW Vento.
    14. Bila kita tak berilmu, tak ambil tahu, orang perbodohkan kita.


  • Kadang2 bes juga bila orang berdebat pasal protob..tanda sayang…skurangnya kita kt sini lagi rasional banding kat pt… Kat pt boleh cari info je…baca komen tak payahla…buat senak otak…proton masih blajar wp kadanf2 kita rasa lambat sangat..skurang2nya kita ada jenama srndir…knapa takde pngeluar lain yang sanggup kuarkan jrnama sendiri saingi proton yang d katakan susahkan dan tipu rakyat malaysia ni…perodua..pandai rebadge n tukar bumper je…esna venere…tak tau ke mana dah…bufori…berapa ramai rakyat marhaen yang beli…naza….lepas naza ria,produk semua tukar lencana…

    Ramai yang cakap suh tutup je proton sbb susahkan org rsmai…berapa banyak mulut yang proton tanggung…termasuklah yang duk maki hamun proton…tu belum masuk vendor proton lagi…


  • hmm..Proton ni sebenarnya ada potensi, tapi seolah2 short coming..sikit lagi sikit lagi.,.last2 tak pass

    aku bawak Alfa Romeo 146 2.0 skrg. plan nak tukar hatch jugak samada Giuletta, Mazda 3 dan sewaktu dgnnya. ada jugak intai2 proton cuma apa yg aku nk cakap, bukan semua org Malaysia cuma fikir pasal harga je. kami juga fikir pasal kualiti & durabiliti. soal spare part mahal etc tak timbul jika kualiti ok, sekali sekala tu dah lumrah.


  • @bella

    Kuantiti golongan macam kamu yang mampu beli kereta harga lebih 100k sangat sedikit. Golongan ini akan tanya balik, kenapa aku beli proton harga 100k sedangkan banyak lagi jenama lain? Soalan ini akan ditanya juga walaupun kualiti Proton 100k tu kualiti dan durabiliti 500k. Orang akan tetap was-was.

    Tanya diri sendiri balik, sediakah kita membeli kereta yang logo harimau ni pada harga lebih dari 100k.

    Tengok Preve. Masih ramai yang beli Preve executive berbanding Preve Premium. Kenapa? Orang lebih pentingkan harga murah dari spesifikasi ataupun ciri-ciri keselamatan.

    Orang lebih conscious dan sensitif dengan harga berbanding tawaran-tawaran lain. Tengok Saga SV. Laku jugak walaupun akesosri kosong. Orang beli jugak walaupun imej Proton. Sebab apa, harga.


  • Salam, akau tetap sayangkan PROTON wpun ia masih banyak kekurangan, aku celik mata kecil dlu kenal kereta TOTOYA KE20, Corolla, NISAN Sunny, MITSUBISIHI Lancer, tp bila keluarga aku milikti PROTON Iswara 20 tahun lalu, kereta itulah yang jadi kesayangan aku sehingga kini dan varian lain ke dalam life aku. PROTON Iswara milik keluarga aku sampai skrg ia masih perform di lebuh raya Alhamdulillah masih sesegar dulu, Cuma biasalah produk ‘tua’ tak lah boleh challenge yang ‘muda’. Betapa terkesannya PROTON dlm hidup aku, biarpun ada kekecewaan sekali sekala, varian baru yang aku nantikan kadang kadang jauh dari citarasa, tetapi dlm lubuk hati aku tetap nantikan PROTON.. SAGa BLM sbg 2nd kepada ISWARA.. biar pun aku mampu beli CIVIC 1.8, tp aku tetap mengharapkan sesuatu dr PROTON.. Aku setia dengan ISWARA.. krn aku tidak ada hati pun untuk ke jenama lain.. itulah sayangnya aku pada produk negara-PROTON… logo bulan bintang hinggalah ke logo harimau.. Semoga PROTON lebih gagah maju dan proaktif dengan kualiit dan fine-finish yang setanding dengan kereta lainb. DARI MATA AKAN JATUH KE HATI.. buat org PROTON jika ada terbaca, kamu kerja di PROTON lebih dr sbg mencari duit gaji.. amanah kamu besar sebenarnya dr enginer yg kerja di TOYOTA.. Dengarlar rintihan ini..

    wassalam


  • saya pun belum bersedia membeli proton kalau harganya RM100k, kecuali kalau kereta tu dari D segment. hehe.

    Kalau ikutkan hati, ingin nak merasa pakai jenama lain. macam saya yg pakai waja berusia 6 tahun, teringin juga nak merasa civic, altis, cerato, jetta.. kalau mampu, pakai accord, camry dan sekelas dengannya. takde lah rasa nak brand loyalty sangat.


  • salam.baca pasal scaniazz88 amat bes…bes sbb bila dia mampu beli kereta lain tp sbb sayangkan proton, dia masih pakai iswara…teringat aku dekat pemilik proton skarang iaitu syed moktar…bukan civic 1.8…ferarri,maybach n apa2 lagi kereta yang berjuta pun dia sanggup beli n boleh beli tapi dia tetap naik perdana sbb sokong kereta malaysia..inilah baru patriotik….aku tabik kat scaniazz88 ni…respek sangat2..sbb aku pun tak sampai macam tu kot…pernah ada angan2 nak pakai volkswagon phaeton…

    harap2 pengerusi proton yang baru ni memberikan yang tebaik dan mengotakan janjinya iaitu proton harus memberikan apa yang sepatutnya kepada rakyat malaysia…proton milik kita semua..jatuh bangun itu adalah kebanggaan kita..tanda kita pun boleh buat n reka kereta…ada satu jenama yang sangat gah kat malaysia ni tapi jualan dia tak seberapa pun…jualan proton dari setahun ke setahun lagi banyak dari jenama tu…sangat memeranjatkan…

    kadang2 orang kita ni duk dengar n fikri tu yang terbaik untuk kita tapi bila keluar anual report yang global, abik kau….kita duk bangga dengan produk sony tv itu dan ini..tapi tv sony adalah pengeluaran yang paling rendah malah termasuk dalam kerugian syarikat sony…ke kita2 je yang duk bangga dengan SONY…

    sampai masa Proton akan keluarkan kereta yang mungkin lebih100K…sama ada kita akan membelinya atau tidak tiada siapa yang akan mengetahuinya…apa pun, proton tetap perlu bersaing dengan pengeluar2 lain berkenaan harga…ada kemungkinan proton terpaksa bersaing dengan model yang d keluarkan dengan harga yang jauh lebih rendah dan lebih berkualiti..ini adalah satu hakikat yang terpaksa proton hadapi…bersedia atau tidak, drb yang lebih mengetahuinya..setiap sen tidak lagi mendapat pertolongan kerajaan..

    ia adalah mengenai perniagaan…proton perlu berjaya..ia adalah hakikat yang pahit terpaksa drb lakukan..by hook or by crook…


  • emm… proton mmg sja bg barang mudah kat rakyat.. sbb byk nak bagi mssyukk.. ikutlah spec kita luar masuk malaysia.. kata taraf global.. kalau luar xde cukai brganda2.. kereta protonlah paling mahal kt malaysia nie. tapi bila antar kat luar negra boleh pulak murah.. hampehh


  • Proton silelah berubah dan bagi harga yg resonable sikit.harga makin mengarut. kualiti finishing nampak murah. pakai 2-3 thn dah wear n tear.plsss proton jgn bodoh sombong.

Leave a Reply