ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Spyshots Proton GSC jalani ujian di lebuhraya KESAS!

Views

gsc spy adrian tan 1

Spyshots terbaru Proton GSC ini telah berjaya dirakam oleh rakan kita Adrian Tan di lebuhraya KESAS. Kelihatan pelekat penyamarannya kini semakin berkurangan dan memperlihatkan sedikit lekuk garisan bahu bahagian sisinya. Menurut Adrian, model Proton GSC yang ditemuinya nampak sedikit kecil berbanding Myvi miliknya. Mungkin disebabkan rekabentuk yang kompak membuatkannya kelihatan lebih kecil. Nantikan info dan spyshots seterusnya selepas ini!

* Kalau betul la nama Proton GSC ni IRIZ apa pendapat anda? Bagi saya nama tu ok je, nak sebut pun tak susah, nak eja pun senang. Dikatakan desas-desus mengenai nama tersebut semakin hangat diperkatakan. Kita tunggu je lah ye.. 😉

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

66 Comments


  • Proton yang akan datang.Tolong update new facelift pada model-model yang kurang menarik reka bentuknya.warna yang ditawarkan lebih menarik.Penambahan aksesori yang lebih untuk melengkapkan produk tesebut.Layanan selepas servis.kualiti pada produk.Gantian model baru yang secepat mungkin.Proton the best


    • Preve mungkin harus difacelife sebab nampak sangat outdate also suprima..Please faster you will number one again!!!aku harap sangat ORANG ATASAN Proton tu jangan jadi bodoh sangat dan lembab..belajar tinggi-tinggi tapi kalau tahu mengarah buat apa sedangkan keputusan dan cadangan macam sampah..Cabaran untuk proton maju!!!


        • aku bukan apa,geram kenapa proton lembab sangat untuk tampil dengan model segar.kalau tak pilihan orang atasan memang proton takan maju.Aku rasa pemikiran staff bawahan dorang lagi bagus dalam melancarkan produk yang smart idea dan design.Maaf kalau bahasa kasar tapi udahh lame kome menunggu the best design dok juga keluarnya oleh proton terutamanya Tuah tpi preve..hrmmmm…Kenapa Perodua customer pilih?harga preve & myvi lebih kurang je.Please update newfacelift kalau tak lancarkan produk baru pun..adoyaiii


          • Mmm… model preve dari segi rekabentuk luarannya masih dlm kategori menarik n malar segar bagi sy:). Cuma dgn kehadiran facelift, lebih banyak variasi model nie dipasaran. Kalau buat facelift bleh kot fokus kat bahagian lampu bagi sentuhan enrichment sket:) Konsep cekung diberi kombinasi cembung/cekung ker n lebih detail. Sy percaya dgn reputasi 5 star safety, model nie sedikit demi sedikit menjadi perhatian. Proton kena grap peluang nie dan lakukan penambahbaikan:)

            Cheers!


          • Memang patut preve difacelift dan diupgrade ..daripada proton lancarkan versi yg bukan2, baik tumpukan kepada penambahbaikan model preve.

            Bahagian marketing proton patut bukak mata luas sikit


          • Jika Preve FL,saya suka lampu belakang cam Audi A4 yang baru. Lampu depan cam Civic.. Hehe

            Pastikan lampu depan tu dari sisi selari dengan kedudukan badan kereta dari depan kebelakang.

            Senang cite macam civic la.. hehe lagi.. angan2 je


          • faceliftkan dlu Exora….potential besar kalau kena gaya design & kualiti….ramai nk cari kereta MPV yg besar, berpatutan tetapi design masih seiring dgn kereta 100k keatas…


          • proton memang sedang dalam process nak facelift preve. diorang dah start new design headlamp. design dijangka siap ujung 2017. lepas tu nak mold, production, practice pasang semua mungkin ujung 2019 dilancarkan preve facelift (headlamp). utk facelift grill depan pulak, diorang akan launch mungkin hujung 2021.

            lepas facelift preve semua siap, baru diorang start facelift exora, dijangkan hujung sebelum raya haji 2025.

            utk suprima, kena sabar skit sebab facelift belom plan. maybe start plan lepas raya haji 2025 (tu pun kalau staff tak ramai cuti panjang).

            utk new generation enjin, yg tu korang semua p beranak pinak dulu… insya Allah, cicit korang nanti merasa pakai campro aifm++-x/%-+ .

            gitu citernyer.


          • ak tak kan rase FL preve 2019. Im sure next year they already have the plan. And the Preve Hybrid also will get the FL version of headlamp.


          • daripada buat facelift..priority patut lebih kepada interior..bagi up-to-date dan material yg sedap sikit..asyik2 facelift..boring daaa…kita nak interior high quality la pulak


          • Facelift tu meng-up to datekan la bro…kalo x update bukan facelift nameyer


      • @tohai.

        Agree with you. It even looks outdated since day one. Wonder who the hell designed and approved the design of the poor car.


  • setakat buat test memanjang tapi kalau tak boleh tukar component tu tak guna jugaa…karang byk la booking kat COE nak claim warranty…akan terpancarlah wajah2 kemarahan muke2 customer berdiri di cafe COE sambil memandangkan service area…hahahaha


  • Makin byk lg citi car akan masuk ke Msia..
    Proton xleh lg guna approach yg biasa2 yg pernah dibuat..
    Kena lebih radikal atau berani..pd aku idea ‘rebatch’ keta mungkin mengujakan 4-5 tahun dahulu.. tp zman skrang jgn sskali sebut, tukar lah term mcmanapon, klo proton yg buat – tk ramai support..- sekadar pendapat –


  • Keta Jepun bersiri2 facelift dr model base.. Proton boleh kot target Preve dan Exora facelift secara berkala.
    Tun M pula jd Pengerusi Proton.. apakah lebih baik pd Proton atau sebaliknya?


        • Bold face lift too minor.. rupa bentuk belakang kena ubah dah.
          Preve pun sama.. grill depan tu hudoh dan ketinggalan zaman.. terngaga jer dr jauh.l.. belakang plain straight cutting… apa punya duk ‘safe’ design. Xfhm la kenapa Proton suka ‘simpan’ design jd tua dan luar dr zaman barulah nk production?

          xfahamx100!

          Exora design belakang perlukan perubahan segera.. depan dn belakang perli diharmonikan.. bru nkmpak lebih menawan..bukan semata2 ‘garang’..


  • Salam, knapa proton xnak buat mcm kia dgn tiger face dia, mazda ngan kodo design dia eh? Maknanye proton ade muka dia sendiri…mcm skrg, saga, persona, satria, preve dan karang gsc nih, smua muka x sama…


  • Tgk kt paultan spyshot yg high spec pkai spoiler besar sikit dari low spec. Plus ada bodykit. Rim high spec sama yg ni, yg low spec kecik sikit.


  • test on power/torque capability
    handling
    FC
    reliability
    so on…

    BUT is there any test on comfort factor.
    fatigue
    long hour drive effect to human body

    i think the later is equally important, for me its the most important.


  • Nak floating touch screen please! Mcm Bmw, Merc, Mazda etc! Tu tak kira tiru tapi adapt mcm DRL, side morror indicator etc. pleaseeeee! Its so today! Float lcd screen!


  • Pada aku la, ada 3 model proton yg aku rasa mampu btahan lama..dari segi nama dan jgk jualan.. 1. saga, 2 Exora, 3 Persona (mungkin)..Proton, tlg adakan pelan jangka panjang utk ‘mereka’ ni..


    • Saga proton boleh buat final 5 years with heavy FL interior and Exterior. Saya mmg boleh tahan lama sebab ia nampak stabil with the time. Exora Proton kene buat satu lagi versi untuk masuk large MPV segment. X perlu susah2 Either make a High roof Version and XL version.


  • they must launch it fast bcuz all new Jazz and Haval M4 r coming soon. Plus new Perodua A segment set to b lauch september. Otherwise Proton GSC will “suffer”

Leave a Reply