ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Spyshots rombongan P3-22A ditemui di KL!

Views

950x462xpreve-hatch-spy-2013-1-950x462.jpg.pagespeed.ic.RD0mojzY56

Ini adalah spyshots terkini model P3-22A yang diambil dari paultan.org. Rombongan 3 buah P3-22A telah berjaya dirakam oleh Ronald dan Charles di sekitar Jalan Merui. Nampaknya kali ini sudah semakin kurang ketebalan camouflage dan berkemungkinan ketiga-tiga model ini sedang melakukan ujian di dalam bandar.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

19 Comments


  • Dari Web Berita Harian:

    PROTON perlu guna kesemua platform pengeluarannya: Tengku Mahaleel
    2013/03/28 – 11:15:34AM

    KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd perlu menggunakan sepenuhnya platform pengeluaran keretanya bagi mengeluarkan lebih banyak variasi kereta untuk pengguna tempatan bagi mengekalkan persaingan sengit di dalam industri automotif tempatan.

    Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff, yang pernah menerajui pengeluar kereta nasional itu, berkata PROTON memiliki tujuh platform automobil, yang setiap satunya berkeupayaan mengeluarkan lima model kereta.
    “Menjelang sekarang, PROTON sepatutnya mempunyai 35 model kereta di dalam pasaran tempatan, tetapi kita tidak melihat bilangan itu sekarang ini.”

    “PROTON perlu memastikan pelanggannya rembang mata dengan kitaran kepelbagaian variasi kereta, di mana jika seseorang pengguna kereta PROTON sedia mahu menukar keretanya, PROTON berupaya menampung permintaan itu,” kata Tengku Mahaleel, yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif PROTON selama lapan tahun, kepada Bernama.

    Sambil menekankan bahawa usaha mendapatkan pelanggan adalah tiga atau empat kali lebih sukar daripada mengekalkan yang sedia ada, Tengku Mahaleel berkata PROTON tidak boleh membuang masa menzahirkan agenda kereta nasionalnya.

    Katanya, PROTON perlu mulai menyuntik lebih banyak model ke dalam pasaran tempatan, bagi memberikan cabaran kepada pengeluar kereta asing yang memperkenalkan semua jenis teknologi canggih pada kereta masing-masing, pada harga yang termampu.

    “Industri automotif perlu merasai kehadiran Proton di dalam pasaran. Jika anda (PROTON) merasa sesuatu model mencatatkan kejayaan, selepas itu, perkenalkanlah penambahbaikan wajah.
    “Boleh jadi pengguna berkenaan yang tidak menyukai rupa bentuk model asal akan memilih model berupa bentuk kedua. Sama seperti bagaimana Proton Persona diwujudkan dari Proton Gen-2,” katanya.

    DRB-Hicom juga tidak boleh dipersalahkan kerana kegagalan melakukan pelan pemulihan kerana pengeluar kereta nasional itu, seperti kata Tengku Mahaleel:

    “Urus niaga automotif adalah perniagaan paling sukar untuk diceburi oleh seseorang kerana satu-satu kereta memerlukan kira-kira 20,000 alat ganti.

    “Kita hanya mengenali dan merasai produk siap tetapi DRB-Hicom perlu menganalisis kos dan keberkesanan setiap alat ganti.”

    Jika dicampurkan juga model kereta komersil PROTON yang pertama, Proton Saga, yang dilancarkan pada 1985, pengeluar kereta nasional itu sehingga ini telah melancarkan kira-kira 18 model kereta baharu.

    Model terbaharu ialah Proton Preve, yang dilancarkan pada 2012, yang turut diketengahkan sebagai kereta global pengeluar kereta nasional itu.

    Tengku Mahaleel juga berkata, pengoptimuman kos, kerja membaiki imej dan meningkatkan kesedaran jenama PROTON perlu menjadi idea teras pelan pemulihan bagi pengeluar kereta nasional itu.

    Katanya, pelan pemulihan itu tidak boleh menjadi satu pelan perniagaan jangka panjang tetapi sebaliknya menangani kekurangan semasa dalam tempoh jangka sederhana.

    – BERNAMA


  • Proton staff on Mar 27, 2013 at 6:27 pm

    You’ll be suprise there will be new Preve with same spec as AU. This sportback preve local spec will have same spec for global market.

    Commited to be Better.


  • kater nyer by March DRB nak umum turnaround plan, hari nih dah jumaat, isnin dah april. nampaknya lembu tak berpegang pada talinya…haish..ker kena tunggu election jugak.


  • yup, beler lah drb nak reveal plan nih. Klu x, dh lebih teruk pada lembu coz lembupun pegang pada tali, he…he…

    Off topic, nissan pulsar aka sylphy hatch dijual 80k -109k di thailand. Enjin 1.6 ke 1.8. Tp tgk komen org malaysia mintak nissan jual kat malaysia rm70k-80k. Mcm mustahil coz kat malaysia, sylphy 2.0 jek ada, klu ikut thailand, yg 109k punya versi.

    Kia rio sedan, jual 79k kat thailand, baca komen org kite mintak naza jual 50k kat malaysia.

    Vios br, dr 59k ke 79k kat thailand, tp ada kata kat malaysia bleh jual 30k, tp ada juga kata klu xkerana prtn, vios g dpt jual sama rega ngan flx ajek, tp kat thailand pun xdpt jual rega tuh, tempat depa bwk kuar kete.

    Herm, kekadang aku pelik ngan org kite. Klu nk rega cam thailand, oklah rasa masuk akal, coz rega kita jauh mahal 10k-20k dr sana, tp tp sampai tahap sampai jauh murah dr rega thailand, cam mustahil ajek. Tp manaler taukan, mmg bleh murah, aku suka. Dpt murah cam thailandpun, aku dh bersyukur.


  • Makcik Beruang,

    off topic di selangor janji banyak satu je lepas, boleh caya ke buleh dapat rega murah nanti…

    manifesto bukan janji katanya nanti…fikirrrrr

    Cam kate brader mat..dapat rega thailand dah syukur…


  • Dapat info. Tap pasti betul ke tak. Dalam pipeline proton ada large van(12-15 seater) to serve in transportation industry. Isuzu engine from isuzu hicom. dont know true of not but i got the info from insider family..


  • Xberhajat nak relate ngan politik. Proton kan DRB, Bukan GLC lg. Patutnyer pengurusansyarikat dah xder kaitan ngan gomen dah kan. Tapi market automotive byk dipengaruhi oleh dasar kerajaan memerintah. Ngan cukainya. Ngan investing policynya. Ngan educationnya. Try google blk NAP yg sebelum ni. Its a scrable or memang purely blue print to help industry and lebih penting lg provide people better car. Nak jd jaguh Asean ker nak jg ego sendiri. Pikirkanlah. Kesian ngan desire anak2 tempatan yg berhempas pulas belajar combustion. Belajar finite element analysis. Belajar styling. Tapi. Usaha kerajaan. Prfff. Ingat engineering ni sedap2 bleh jual mcm forex ker. Summarynyer. Aku memang x yakin current goverment can bring malaysia automotive forward. Ckp pandai masa launch. Tapi biler draft NKRA. Automotive xder pon. Opppss. Jd x salah try ubah sekejap.


  • xslh berubah n mengubah. Cume aku cnfius ngan komen org kat paultan. Bkn ckp psl politik :-). Aku komen aper yg org kite hendak. Mmg bgs, akupun nk sume murah, tp klu kat thailand jual 79k, xkan umw nk jual kat malaysia 30k kot@ 50k, cam xkena jek. Tp,kat thailand masih ada cukai, xslh, 20-60%. Sbb tuh klu rega cam thailandpun dh ok, tp lg murah, lg ok. Tpkan thailand dh hub bg byk companya especially toyota pasaran asean cam vios, klu tempat dia dilahirkanpun rega masih mahal, xkan nk aspek negara bukan tempat dia lahir lg murah.

    Cume bg aku, klu rega 79k spec s kat thailand, klu bg 6 airbags, esp, mmg berbaloi. Selain dr penurunan rega, yg lg penting, kite fight utk kete yg equipment lebih@standard cam negara2 moden pada rega cam thailand. Xnaklah klu rega murah, tp sume buang terutama yg melibatkan keselamatan.

    Mcm ada aku baca komen yg bg aku amat ilmiah di paultan. Komen dia, aku translate n permudahkan ckit, amik yg penting ajek. Kata dia, org yg sama yg nk rega kete murah sbb katanya worth the money@nilai utk wang, tp pada masa sama beli kete yg rega overprice tp underspec, padahal byk lg kete yg pada rega yg sama kete yg dia beli yg offer lebih nilai, lebih spec n lebih murah. So, mcm xtally@xsama cam permintaan nk kete murah tp nilai utk wang. Sepatutnya yg empunya nk kete murah, nilai utk wang, dia membeli skrg kete yg nilai utk wang, bkn kete yg overprice tp underspec.
    Ini dh jadi kes ketam, nk anak jalan lurus, tp sendiri jalan senget.
    Tp itulah mentaliti kite.

    Cam kite nak safety equipment mcm2, tp tali pinggangpun xpkai, signalpun xguna. Mcm juga, beli handphone samsung galaxy note, tp hanya guna utk call n sms jek. Kdg2 kreditpun xda.

    Selagi itu kite xbetulkan, sampai biler2lah kite xberjaya. Masih ingat kisah jepun, kena bom atom? Pastuh diaorg membangun sampai jd negara moden. Adakah sbb kerajaan sahaja@sbb kerajaan n juga rakyat dia?

    Yg penting, berani berubah. Bukan sahaja klu nk ubah kerajaan, tp rakyat juga perlu berubah. Klu x, xjadi aper. 2×5, 5×2.

    Salam.


  • kat paultan kalau kereta proton atau perbandingan apa2 je semua salah kerajaan umno bn…mungkin sbb pemilik proton n drb orang umno sbb tu d salah kerajaan…bukan lagi nak debat sangat pasal kereta tapi lebih kepada debat politik…

    aku pun suka debat politik juga tapi blog kereta bukan tempatnya…mungkin tak ikut petua orang lama2…masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek…entahlah…


  • SALAM…saya terserempak dengan P3-22A…saya terserempak di bukit kayu hitam petang td…ada 3buah kesemuanya…apa yg menarik…saya sempat melihat bahagian dalaman kereta berkenaan dan yg pastinya model ini didatangkan dengan tranmision manual 6kelajuan…tetapi malangnya saya tidak dibenarkan utk snap interior…kerusi kemasan kulit bewarna hitam dan saya rasa model ini adalah trimming yg terbaek dlm keluarga proton…bahagian legroom dibahagian belakang sememangnya luas…:)


  • em…idea yang bagus ni kalau ada manual..kalau boleh manual…alang2 dah lembap sangat drb nak kuarkan rancangan proton, pe salahnya kalau satria neo yang hot tu untuk kita tukar enjin dia pergi cfe sementara tunggu model2 yang terbaru sepenuhnya…

    persona, waja, satria neo..n pe salahnya kalau saga pun kita masukkan dengan ejin cfe..tak pun enjin petronas…erm……menarik kalau ada semua ni..lagi banyak pilihan….

    berani tak…

Leave a Reply