ARKIB

KATEGORI

Buletin

SsangYong Musso baharu bakal buat kemunculan pertama di Geneva 2018

Views

Pengeluar kenderaan dari Korea Selatan, SsangYong kini sedang melakukan persiapan untuk menggantikan model Musso yang telah dimamah usia dengan trak pikap serba baharu yang berkongsi pelantar bersama Rexton generasi terkini. Foto rasmi model tersebut telah mula berlegar di laman-laman sesawang automotif seluruh dunia dan ia bakal membuat kemunculan pertama di Geneva Motor Show 2018 pada bulan Mac nanti.

Di negara kelahirannya, SsangYong Musso akan dikenali dengan nama Rexton Sports dan ia bakal menjadi pencabar kepada trak pikap seperti Mitsubishi L200 (Triton) dan Renault Alaskan. Buat masa ini tiada apa maklumat diperolehi mengenai model tersebut, tetapi memandangkannya berkongsi pelantar bersama Rexton, model ini dijangka akan menerima beberapa pengubahsuaian pada sistem suspensinya.

Musso 2019 bakal menggunakan enjin 2.2-liter diesel untuk pasaran Eropah. Enjin ini mampu menjana 176hp dan 420Nm tork yang disalurkan menerusi pilihan sistem 2WD atau AWD dengan gandingan bersama transmisi 7-kelajuan automatik dari Mercedes-Benz. Di beberapa tempat di Asia, model ini mungkin ditawarkan dengan enjin petrol 2.0-liter berpengecas turbo yang digabungkan dengan transmisi 6-kelajuan automatik yang turut dipakai oleh model Rexton.

Untuk pasaran Eropah, SsangYong Musso akan ditawarkan dalam dua pilihan, sama ada versi cab tunggal atau cab berkembar. Adakah model ini bakal mendarat di Malaysia juga nanti? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply