ARKIB

KATEGORI

Buletin

SST: Harga kenderaan Nissan lebih rendah berbanding GST

Views

Selaras dengan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh kerajaan berkuatkuasa pada 1 September 2018, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pengedar tunggal kenderaan Nissan di Malaysia telah mengumumkan harga baharu untuk model-model Nissan termasuk 10 peratus Cukai Jualan.

Nissan Almera, Grand Livina, Serena S-Hybrid dan X-Trail akan ditawarkan pada harga bermula dari RM69,800 sehingga RM153,800, ia lebih rendah berbanding struktur harga Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Manakala untuk Nissan Navara, harga pikap kekal pada harga 0 peratus GST sementara stok masih ada.

Harga bermula dari RM77,330.97 untuk 2.5L Kabin Tunggal hingga RM119,869.08 untuk VL Plus (Dwi Kabin) yang dimuatkan dengan Intelligent Around View Monitor (I-AVM). Caj penyelenggaran perkhidmatan selepas jualan oleh Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) akan tertakluk kepada peratus cukai perkhidmatan tersebut.

JOM BACA >> INFO: Fakta Ringkas Menarik Mengenai Proton X70

ETCM juga memperkenalkan kempen ‘Malaysia Day Bonus’ yang menawarkan rebat menarik sehingga RM 8,000 ke atas model-model terpilih Nissan. Orang ramai dijemput untuk mengunjungi bilik pameran Nissan untuk memandu uji Navara VL Plus yang baru dilancarkan dengan Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dan model-model Nissan lain yang inovatif.

Harga baharu kenderaan Nissan

ModelVarianHarga OTR dengan

6% GST (RM)

Harga OTR baharu dengan 10% Cukai Jualan (RM)Perbezaan Harga

(RM)

Perbezaan Harga

 (%)

Almera1.5L E AT72,20069,800(2,400)– 3.3%
1.5L VL AT82,20079,800(2,200)– 2.7%
Grand Livina1.6L AT91,10089,800(1,300)– 1.4%
1.8L AT102,80099,800(3,000)– 2.9%
Serena

S-Hybrid

2.0L Highway Star135,500131,800(3,700)– 2.7%
2.0L Premium Highway Star147,500143,800(3,700)– 2.5%
X-Trail2.0L 2WD137,000133,800(3,200)– 2.3%
2.5L 4WD159,200153,800(5,400)– 3.4%

Tarikh dan lokasi jerayawara Nissan seperti berikut:

TarikhWilayahLokasi
13 – 16 SeptemberPantai TimurKuantan City Mall, Pahang
21 – 23 SeptemberSelatanKluang Mall, Johor
27 – 30 SeptemberTengahMelawati Mall, KL

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply