ARKIB

KATEGORI

Buletin

Stereng terkunci dikatakan punca Proton Exora ini terbabas ke dalam longkang

Berita Tempatan

Views

Hari ini tular satu rakaman video kamera pemuka sebuah kenderaan yang memaparkan kejadian kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora. MPV tersebut dilihat hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan terjunam ke dalam longkang. Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 7.01 malam tadi.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Jelas beliau, siasatan awal mendapati ketika kejadian pemandu wanita berusia 37 tahun berkenaan bersama dua anaknya dari Sungai Jelok menghala ke Taman Jasmin. Tambahnya, sebaik tiba di lokasi, Exora yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke dalam longkang di kiri jalan.

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

Beliau berkata, wanita itu dan dua anaknya tidak cedera dan tidak membabitkan kerosakan kepada harta benda awam. Terdahulu, satu status mengenai kejadian itu yang didakwa berpunca akibat stereng MPV berkenaan ‘tiba-tiba terkunci‘ tular di media sosial semalam.

Selain status terbabit, gambar serta video berdurasi 19 saat yang dipercayai dirakam melalui kamera papan pemuka kenderaan lain turut tular. Dalam video berkenaan, MPV itu dilihat berada di laluan kiri sebelum hilang kawalan dan masuk ke dalam longkang di lokasi terbabit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply