ARKIB

KATEGORI

Buletin

Stesen minyak tertua di Pulau Mutiara, Shell Penang Road kini ‘berwajah baharu’

Berita Tempatan

Views

Shell memperkenalkan ‘wajah baharu’ Shell Penang Road bagi memperingati salah satu ‘stesen tertua’nya yang telah berkhidmat untuk rakyat Pulau Pinang dan masyarakat luas sejak beberapa generasi sejak 1920-an.

Dengan mengekalkan warisan hidup Pulau Pinang sambil mengekalkan hubungan penting dengan masa lalu, pemulihan inovatif Shell mewakili kekayaan sejarah dan kemajuan moden.

Terletak di Zon Penampan, zon Warisan Pulau Pinang, Shell Penang Road akan disenaraikan di bawah direktori Penang Global Tourism, menjadikannya sebagai mercu tanda budaya yang penting.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Shell bekerjasama dengan Penang Global Tourism untuk mengangkat Shell Penang Road sebagai mercu tanda pelancongan di negeri tersebut.

Menurut Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Yeoh Soon Hin, Shell Penang Road telah menjadi sebahagian daripada sejarah dan warisan Pulau Pinang sejak 100 tahun.

Beliau juga gembira kerana Shell terus mengekalkan warisan stesen ini sambil berinovasi untuk memenuhi semua keperluan pelanggannya.

Pengurus Besar, Mobiliti Malaysia dan Singapura, Seow Lee Ming, berkata stesen ini benar-benar mencerminkan komitmen Shell untuk terus memberikan yang terbaik untuk komuniti di mana mereka beroperasi.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Sempena pelancaran ini, Shell menawarkan ahli BonusLink, Beg Jute Warisan Shell edisi terhad, yang menampilkan unsur budaya Pulau Pinang.

Hanya boleh didapati secara ekslusif di Shell Penang Road, beg ini boleh ditebus dengan 1,200 mata ganjaran BonusLink.

Pelanggan yang mendaftar sebagai ahli BonusLink di setesen tersebut juga boleh membeli beg tersebut pada harga RM15, sementara stok masih ada.

Shell Penang Road kini dibuka mulai jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam setiap hari.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply