ARKIB

KATEGORI

Buletin

Stesen Shell Sungai Ramal ditutup, seorang peruncit disahkan positif COVID-19

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media ringkas, Shell Malaysia mengesahkan seorang peruncit di stesen Shell Sungai Ramal, Kajang telah diuji positif wabak COVID-19 pada 21 Mac 2020 dan kini sedang mendapatkan rawatan. Pihak Shell Malaysia turut menyediakan penjagaan dan sokongan kepada individu tersebut dan menggesa orang ramai untuk menghormati privasinya dalam situasi yang mencabar ini.

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Stesen tersebut telah ditutup serta-merta dan kerja-kerja persediaan bagi pembasmian kuman menyeluruh stesen sedang dijalankan. Sebagai langkah berjaga-jaga, semua kakitangan di stesen yang mempunyai hubungan dengan individu yang dijangkiti kini sedang menjalani ujian saringan COVID-19 di hospital kerajaan yang terdekat.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Shell Malaysia akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan mengikuti segala prosedur yang telah ditetapkan. Keselamatan dan kesihatan orang ramai dan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan Shell Malaysia dan mereka terus komited dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Shell

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply