Cubaan sepasang suami isteri untuk menyeludup sebanyak 75 liter petrol ke Thailand tidak berhasil selepas kereta yang mereka naiki ditahan di Kampung Dusun Langgar, Wakaf Bharu dekat Tumpat semalam.
Kedua-dua suspek dicekup kira-kira pukul 11 pagi semasa anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menjalankan Operasi Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan.
Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, anggota bertugas pada awalnya mengesan sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang berada dalam keadaan mencurigakan semasa mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Wakaf Bharu.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Menurutnya, anggota penguat kuasa kemudian berjaya mengesan kereta itu diletakkan di hadapan sebuah rumah di Kampung Dusun Langgar.
Pasangan suami isteri itu didapati berada di dalam kereta tersebut sebelum anggota penguat kuasa terus bertindak menahan mereka.
Pemeriksaan pada bahagian tangki kereta itu mendapati bahagian tersebut sudah diubah suai sehingga mampu menyimpan sebanyak 75 liter petrol, sekali gus melebihi kuantiti asal yang dibenarkan.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Azman memberitahu, pasangan suami isteri itu juga gagal mengemukakan sebarang lesen atau permit dan surat kuasa berkait pemilikan petrol tersebut.
Menurutnya, mereka akhirnya mengaku kesemua petrol itu akan diseleweng dan diseludup ke negara jiran melalui pengkalan haram. Nilai keseluruhan rampasan termasuk kereta dan minyak petrol dianggarkan berjumlah RM5,175.
Sehubungan itu, KPDN Kelantan akan mempergiat rondaan di stesen-stesen minyak yang terletak kira-kira 50 kilometer dari sempadan negara bagi mengelakkan bahan api bersubsidi itu diseludup.
Tambahnya, pasangan suami isteri itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit KPDN Kelantan
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI