ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suami isteri sempat keluar sebelum Honda CR-V dinaiki mereka terbakar

Berita Tempatan

Views

Sejak kebelakangan ini, kejadian kereta terbakar di Jalan Gua Musang-Lojing semakin kerap berlaku dipercayai berpunca enjin mudah panas ketika laluan berbukit. Harian Metro melaporkan, dalam kejadian terbaru petang semalam, suami isteri terselamat apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Kilometer 85, Jalan Gua Musang-Lojing.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Che Yusoff Sulaiman, 61, dan Nurul Awanis Mohammad, 36, berasal dari Pasir Tumbuh, Kota Bharu sempat keluar dari kenderaan itu sebelum ia hangus. Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, kejadian berlaku pada 2.30 petang ketika mereka dalam perjalanan dari Cameron Highlands menghala ke Gua Musang.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi tiba-tiba enjin SUV dinaiki mereka berasap sebelum pemandu memberhentikan kenderaan. Menurutnya, kejadian berlaku di kawasan selekoh satu lorong dan menuruni bukit tidak jauh dari lokasi tanah runtuh di Lojing dan mereka sempat keluar menyelamatkan diri.

Kejadian kereta terbakar semakin kerap berlaku di jalan terbabit sejak kebelakangan ini, dipercayai enjin kereta terlalu panas melalui jalan berbukit. Susulan itu, pengguna jalan ini dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan memberhentikan kenderaan apabila keadaan enjin panas. Kata beliau lagi, sebelum ini sudah dua kenderaan terbakar di jalan itu dan rangka kereta masih ditinggalkan di lokasi kejadian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply