ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suami isteri tinggal berjauhan dibenar rentas negeri mulai 1 Jun ini

Berita Tempatan

Views

Menerusi sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan telah bersetuju untuk memberi kelonggaran kepada mereka yang ingin membuat perjalanan rentas negeri bagi urusan kecemasan dan pekerjaan, termasuk pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan mulai Isnin ini (1 Jun 2020).

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Beliau bagaimanapun menegaskan, perjalanan rentas negeri atas alasan lain secara keseluruhannya masih belum dibenarkan setakat ini. Jelas beliau, mesyuarat hari ini telah memutuskan untuk memberi kelonggaran untuk merentas negeri sekiranya ia membabitkan kes kecemasan seperti kematian dan perubatan, termasuk yang berulang alik ke tempat kerja, sebagai contoh menetap di Seremban dan bekerja di Putrajaya.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Tambah beliau, larangan rentas negeri bagi pasangan terpisah yang dihentikan sebelum Aidilfitri juga telah ditarik balik. Ini bermakna pasangan suami isteri tersebut boleh merentas negeri untuk berjumpa pasangan dan keluarga.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini. Pada 21 Mei lalu, kerajaan telah memutuskan untuk tidak membenarkan pergerakan merentas negeri bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 24 Mei.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply