ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sub kontraktor dan pembekal tempatan tuntut hutang lebih RM25 juta dari syarikat China

Berita Tempatan

Views

Sekumpulan wakil sub kontraktor dan pembekal tempatan bagi projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) menuntut sebuah syarikat melunaskan bayaran lebih RM25 juta yang didakwa tertunggak sejak setahun lalu.

KOSMO! ONLINE melaporkan, desakan itu dibuat mereka menerusi demonstrasi secara aman di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Persekutuan di Shah Alam, hari ini.

Pengarah Urusan Izani Wawasan Enterprise (IZW) Sdn. Bhd., Rozani Aziz berkata, ia antaranya melibatkan projek pembinaan laluan, stesen dan bangunan bagi pakej GS05 dan GS06 laluan LRT 3 dari Bandar Utama ke Johan Setia, Klang.

Katanya, projek itu dibawah Kementerian Pengangkutan manakala kliennya adalah Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Jelas Rozani, sejak setahun lalu, pihaknya sebagai sub kontraktor dan pembekal tidak menerima bayaran bagi kerja yang telah dilaksanakan dengan sempurna dan disahkan oleh pegawai sebuah syarikat tersebut.

Pihaknya dijanjikan berulang kali bahawa bayaran akan dibuat, namun ia tidak ditepati dan bayaran tertunggak masih tidak dijelaskan.

Sementara itu, wakil Specom Engineering Sdn. Bhd., Dr. Chandran berkata, syarikat sub kontraktor dan pembekal terlibat kini mengalami masalah kewangan bagi melunaskan bayaran kepada pembekal termasuk turut terkesan dalam aspek bayaran gaji pekerja .

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Katanya, jumlah bayaran tertunggak kini mencecah jutaan ringgit bergantung kepada nilai tuntutan setiap kontraktor berdasarkan skop dan kemajuan kerja masing-masing.

Pihaknya telah berusaha menuntut bayaran daripada syarikat itu namun jawapan pada setiap mesyuarat adalah bayaran akan datang dari ibu pejabatnya di China.

Demonstrasi aman itu dilakukan kerana mereka turut cuba menghantar surat kepada pelbagai pihak mempunyai kaitan dengan projek LRT3 tersebut.

Namun, sehingga kini didakwa tiada mana-mana sub kontraktor bagi Pakej GS05 dan GS06 menerima sama ada bayaran penuh atau sekurang-kurangnya sebahagian amaun daripada pihak syarikat tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply