ARKIB

KATEGORI

Buletin

Subaru Impreza 2017 akan ditarik balik akibat kerosakan enjin

Views

Subaru telah memaklumkan kepada Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Nasional (NHTSA) mengenai kempen keselamatan terbaharu yang dijalankan ke atas beberapa unit tertentu Impreza 2017. Model yang dikeluarkan bermula pada 18 Oktober 2016 hingga 17 Mac 2017 dan dari 23 September 2016 hingga 21 Mac 2017, berkemungkinan mengalami kerosakan enjin akibat bahan api musim sejuk yang boleh mengewap terlebih awal dalam saluran bahan api.

Semasa bahan api musim sejuk di Amerika Utara yang boleh mengewap pada suhu rendah digunakan, bahan api tersebut mungkin mula mengewap dalam saluran bahan api di bawah suhu ambien tinggi, kelajuan rendah, atau memandu dalam keadaan berhenti, ujar NHTSA dalam satu nota penerangan mengenai isu tersebut. Subaru sedar satu insiden yang berkaitan dengan keadaan ini, yang membawa kepada penarikan balik, dan akan memaklumkan kepada pemilik 33,131 unit model tersebut di Amerika Syarikat, dan 4,216 unit di Kanada, serta menasihati mereka supaya membuat temujanji dengan peniaga yang sah.

Juruteknik bakal memprogramkan semula unit kawalan enjin untuk menghidupkan kipas radiator penyejukan pada suhu yang lebih rendah, tanpa sebarang kos. Makluman mengenai jadual tersebut masih belum dikeluarkan buat masa ini, namun pemilik yang cakna mengenai perkara tersebut boleh menghubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Yang pasti kejadian sebegini tidak akan berlaku di negara kita kerana di sini tiada musim sejuk, yang ada hanyalah musim tengkujuh sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN

2017-subaru-impreza-3 2017-subaru-impreza-7

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Kes panggil balik kenderaan yang melibatkan puluhan ribu unit kenderaan melibatkan kos yang sangat tinggi.. ye, di Malaysia semestinya tiada musim sejuk, tapi ramai pemilik kereta di Malaysia menghantar kereta mereka kepada juruteknik bebas bagi memprogramkan semula unit kawalan enjin untuk menghidupkan kipas radiator penyejukan pada suhu yang lebih rendah.. Malaysia agak panas..

Leave a Reply