ARKIB

KATEGORI

Buletin

Subaru lancar WRX 2022

Berita Global

Views

Legenda Subaru WRX kembali! Model sedan yang diinspirasikan-rali ini bakal tiba di bilik pameran di Amerika Syarikat awal tahun depan dengan tanda harga sekitar $30,000 (RM124,000).

Model ini dibangunkan dari Subaru Global Platform sama seperti Outback, namun lebih berprestasi berbanding model tersebut. Ia dijana dengan enjin boxer empat-silinder 2.4-liter turbocas yang menghasilkan 271 kuasa kuda dan 258 lbs-ft daya kilas.

Ini bermakna, ia hanya bertambah 3 kuasa kuda berbanding model dengan kapasiti enjin 2.0-liter tahun lalu. Enjin ini digandingkan dengan pilihan transmisi enam-kelajuan manual atau CVT yang boleh ditukar secara manual menerusi lapan nisbah tetap.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Versi manual dikatakan 30 peratus lebih pantas pada anjakan tinggi dan 50 peratus lebih pantas pada anjakan rendah. Ia didatangkan secara standard pada versi WRX GT yang turut dilengkapi dengan peredam adaptif yang dikawal secara elektronik, yang pertama untuk WRX.

Pemandu boleh memilih tiga tetapan suspensi yang terdiri dari Comfort, Normal dan Sport. Versi GT pula dipasang dengan tempat duduk Recaro berkuasa lapan-cara yang dibaluti Ultrasuede dengan jahitan bebenang merah, pakej keselamatan Subaru EyeSight dan rim aloi bersaiz 18-inci.

Dari segi penampilan, ia hadir dengan lampu depan LED berbentuk-cakar dan skup udara yang lebar pada hud depan. Fender hadapannya diperbuat daripada aluminium, menjadikannya 2.3 kg lebih ringan, manakala lapik pada lengkung tayar memberikannya gaya lasak seperti sebuah crossover.

Kata Subaru, panel ambang dan lapik bawah enjin menggunakan kemasan dengan tekstur yang boleh mengurangkan rintangan angin. Di belakang, model ini dipasang dengan spoiler profil-rendah mengikut warna badan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Bentuk lampu belakang direka seakan ‘aliran magma gunung berapi’, namun di Malaysia, Perodua Bezza lebih dahulu menggunakan rekaan sebegini.

Di ruang kabin, ia dilengkapi dengan paparan sesentuh bersar bersaiz 11.6-inci pada konsol tengah papan pemuka, stereng rata di bahagian bawah dan kemasan injak aluminium bagi menyerlahkan imej sportynya.

Subaru berkata, struktur badan baharunya mempunyai pusat tengah graviti yang rendah, sekali gus memberikan 28 peratus lebih ketegaran kilasan dan menampilkan titik pemasangan suspensi yang 75 peratus lebih tegar berbanding sebelumnya.

Selain itu, sistem stereng elektrik pinion-berkembar dikatakan bakal menawarkan rasa stereng yang lebih semula jadi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply