Semakin meriah industri automotif negara dengan Subaru pula bakal melancarkan model crossovernya XV pada bulan hadapan. Dijangka pelancaran rasminya akan dibuat pada 19hb Disember 2012. Subaru XV dijana oleh enjin 2.0 liter empat silinder boxer yang boleh menjana 150 PS pada 6,200 rpm dan 196 Nm tork pada 4,200 rpm. Model ini juga turut dilengkapi dengan transmisi Lineartronic CVT dan sistem Active Torque Split AWD. Harga yang ditawarkan untuk Subaru XV bermula dari RM139,800 menurut laman web www.motorimage.net
Tags:Automotive
KOMEN TERKINI