ARKIB

KATEGORI

Buletin

Subsidi hampir 30 sen seliter ditanggung kerajaan untuk RON95 dan diesel – Perdana Menteri

Berita Tempatan

Views

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan pada masa ini menanggung subsidi pada kadar hampir 30 sen seliter selepas harga siling untuk petrol RON95 dan diesel ditetapkan masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Menurut Sinar Harian, beliau berkata, kerajaan menetapkan harga siling berkenaan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan bahan bakar itu kerana berdasarkan trend semasa, harga minyak dunia dijangka meningkat.

Tambah beliau, ini bermakna kerajaan menanggung jumlah subsidi bernilai RM3 bilion pada harga semasa. Beliau berkata demikian dalam perutusan khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa), semalam.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga semasa petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Mac. Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan juga memberi subsidi hampir 50 peratus bagi setiap tong gas cecair petroleum (LPG) 14 kilogram (kg) yang digunakan rakyat khususnya isi rumah.

Jelas beliau, harga sebenar di pasaran setong gas LPG bersaiz 14 kg pada masa ini ialah sekitar RM50. Namun, harga runcit telah ditetapkan pada paras RM26.60 setong. Perdana menteri berkata, kerajaan akan terus memberi subsidi berkenaan supaya harga barangan keperluan harian kekal berpatutan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply