ARKIB

KATEGORI

Buletin

Subsidi minyak bersasar bakal diperkenal, ganti mekanisme sedia ada – Mustapa

Berita Tempatan

Views

Kerajaan berkemungkinan besar akan memperkenalkan mekanisme subsidi minyak bersasar bagi menampung impak kenaikan harga minyak mentah, terutamanya bagi kumpulan berpendapatan rendah.

Sinar Harian melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan masih dalam peringkat merangka struktur bersesuaian yang dijangka dapat disiapkan tidak lama lagi.

Menurutnya, Kementerian Kewangan juga dalam peringkat meneliti sama ada kerajaan mampu menanggung subsidi manakala harga bagi petrol RON95 dan diesel dapat dikekalkan pada masa ini.

Ujar beliau, mereka yang berkemampuan sepatutnya membayar lebih manakala yang tidak layak menerima (subsidi) tidak sepatutnya mendapat langsung subsidi itu. Subsidi hanya untuk golongan miskin terutama golongan B40.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Isunya di sini adalah masa dan bila mekanisme itu akan dilaksanakan. Beliau berkata demikian dalam program The Nation yang disiarkan oleh Bernama TV pada Selasa.

Menjelaskan selanjutnya, Mustapa turut menegaskan bahawa subsidi bahan api turut berperanan penting dalam mengawal kenaikan harga di Malaysia.

Malah katanya, kerajaan telah berupaya mengekalkan kenaikan harga antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus sejak 10 tahun hingga 20 tahun lepas. Bagaimanapun, ini akan memberi kekangan besar terhadap bajet.

Apabila pihaknya merangka Bajet 2022 pada tahun lepas, anggaran bagi subsidi adalah kira-kira RM5 bilion dan kini ianya sekitar RM30 bilion yang merupakan kenaikan jumlah subsidi sebanyak enam kali ganda.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Beliau berkata subsidi minyak itu merangkumi empat elemen iaitu RON95, diesel, gas asli cecair dan minyak masak.

Mustapa menjelaskan, kenaikan harga minyak mentah itu turut menjejaskan kadar inflasi negara yang menyaksikan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Mac 2022 meningkat sebanyak 2.2 peratus kepada 125.6 berbanding 122.9 pada Mac 2021, melepasi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011-Mac 2022 pada 1.9 peratus.

Pihaknya percaya ini satu cabaran dalam usaha untuk melangkah ke hadapan. Impak itu terutamanya terhadap harga. Mereka juga belum lagi menyemak semula unjuran pertumbuhan negara dan masih berpegang kepada unjuran Bank Negara Malaysia iaitu pertumbuhan pada 5.3 peratus hingga 6.3 peratus bagi tahun ini.

Tambahnya lagi, pada masa sama kita juga perlu lebih realistik kerana ini merupakan satu tempoh yang amat mencabar dan terdapat keperluan untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan tersebut dan kerajaan akan bertindak sewajarnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply