ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suka baling batu pada kenderaan selepas ambil dadah – Seorang lelaki ditahan

Berita Tempatan

Views

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit kegiatan khianat membaling batu ke arah kenderaan di sekitar Ayer Tawar, di Manjung, semalam. Lelaki berusia 30-an itu ditahan di Kampung Paya Nibong, Ayer Tawar, jam 6.10 petang.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, lelaki itu ditahan ketika sedang menunggang motosikal Honda EX-5 tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan khayal. Katanya, suspek didapati positif methaphetamine dan melakukan kegiatan khianat itu berseorangan.

Tambahnya, lelaki itu turut mengaku ia dilakukan hanya untuk suka-suka selepas mengambil dadah. Suspek mengaku terbabit kejadian membaling batu ke arah kenderaan di sekitar Ayer Tawar. Dia mendakwa akan menyorok di pembahagi jalan dan pokok dalam satu-satu masa untuk membaling batu ke arah kenderaan yang melalui kawasan itu.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Nor Omar berkata, polis juga menemui enam ketul batu di bakul motosikal yang ditunggangi lelaki itu dipercayai digunakan untuk kegiatan itu. Katanya, pemeriksaan lanjut pada poket belakang seluar suspek turut menemui satu tiub straw berisi ketulan kristal disyaki syabu.

Suspek bersama rampasan dibawa ke Balai Polis Ayer Tawar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Terdahulu tular dakwaan ada individu dikatakan menyorok di pokok dan akan membaling sesuatu secara rambang ke arah kenderaan di jalan raya dan turut mendakwa individu terbabit meletakkan batu besar di tengah jalan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply