ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sultan Johor pandu Proton X70 semasa Kembara Mahkota Johor

Views

Walaupun Proton X70 hanya akan dilancarkan pada 12 Disember nanti, laman sesawang Satu Johor.net telah memuat naik beberapa keping foto SUV tersebut dipandu oleh DYMM Tuanku Sultan Johor dalam konvoi Kembara Mahkota Johor 2018 di Kluang semalam. Dua unit Proton X70 berwarna putih dengan nombor plet yang hanya tertera perkataan X70 telah berjaya mencuri tumpuan bangsa Johor yang menyambut ketibaan Sultan kesayangan mereka di acara tersebut.

JOM BACA >> KLIMS18 : Intai-intai bakal SUV Perodua (D38L)

X70 juga kini sedang dipertontonkan kepada para pengunjung di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 yang sedang berlangung sehingga 2 Disember. Ini merupakan destinasi pratontonnya yang terakhir sebelum ia dilancarkan 10 hari selepas itu di Pusat Konvensyen KLCC oleh YAB Perdana Menteri.

Jadi jika anda ingin mencuba dan melihat model SUV ini secara lebih dekat, masih ada masa untuk ke MITEC, jangan berlengah lagi! Sebelum ke sana, tonton video demo fungsi arahan suara ini dulu ye!

JOM BACA >> Proton pamer X70 untuk tatapan umum di KLIMS18 – Bakal dilancar 12 Disember ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply