ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

‘Sunset at Hillstand’ di Shell Hillstand meriah dengan pelbagai aktiviti menarik

Sukan Permotoran

Views

Sempena perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) yang telah berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu lalu, Shell telah membawa peminat-peminat sukan permotoran tempatan untuk merasai sendiri kemeriahan di Shell Hillstand. Buat julung kalinya, Shell memperkenalkan ‘Sunset at Hillstand’, di mana para peminat berpeluang untuk bertemu dengan penunggang dari mana-mana pasukan pilihan mereka.

Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo berkata, bagi meraikan ulang tahun ke-10 sebagai penaja nama, mereka memperkenalkan ‘Sunset at Hillstand’ bagi membolehkan para peminat untuk berinteraksi dengan penunggang kegemaran mereka. Pengunjung di Shell Hillstand telah disambut oleh pameran jentera dua roda Ducati di pintu masuk.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Selain itu pelbagai permainan dan aktiviti menarik turut diadakan termasuklah Cabaran MotoGP™ PS4™ yang memberi pengalaman di litar lumba secara maya. Peserta permainan video ini diberi masa tiga minit untuk melengkapkan satu pusingan di litar Sepang, supaya mereka dapat merasai sendiri bahang saingan perlumbaan MotoGP.

Shell Hillstand juga menampilkan pemandangan menarik di Selekoh 13 dan 14 di litar Sepang selain kehadiran dua skrin LED yang memaparkan keseluruhan perlumbaan secara langsung. Para pengunjung juga diberi kesempatan untuk menyertai beberapa pemainan seperti “Teka Bilangan” dan “Super Sepak”. Bagi menambahkan lagi keseronokkan, Shell menawarkan akses kepada pelbagai pilihan makanan dan minuman seperti deli2go, Costa Coffee, dan TeaLive.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Di kawasan Welcome Centre, Shell menampilkan repilka stesen minyak yang menempatkan reruai Shell Advance dan Shell V-Power. Di samping itu, pengunjung juga diraikan dengan pit Ducati olok-olok yang mempamerkan pelbagai jenis superbike bagi menonjolkan perkongsian teknikal berharga Shell bersama dengan Ducati.

Pusat servis bergerak Tunggang Lalu Shell Advance juga dibuka di kawasan parkir dan ia percuma dengan setiap pembelian minyak pelincir Shell Advance di sepanjang minggu perlumbaan. Menurut pengarah urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd Shairan Huzani Husain, acara MotoGP merupakan bukti jelas kejayaan kerjasama teknikal bersama Ducati.

Ia membolehkan mereka untuk memastikan para pelanggan diberikan produk berprestasi tinggi yang terbaik seperti bahan api Shell V-Power dan minyak pelincir Shell Advance. Shell telah menjadi penaja nama kepada MotoGP Malaysia sejak 2009 dan bekerjasama dengan Ducati sejak 1999. Shell juga menyokong pasukan Ducati Corse dalam Kejohanan Superbike Dunia dan Kejohanan Dunia MotoGP™. Dengan lebih 150 kemenangan, ia merupakan salah satu kolaborasi paling kuat dan berjaya dalam perlumbaan motosikal utama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply