ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Super KIP kembali ke litar! Sertai pasukan TKKR Racing dalam MSBK

Sukan Permotoran

Views

Bekas pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi sah keluar daripada persaraannya untuk berlumba pada saingan Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) 2021 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini.

Menurut Berita Harian, Khairul Idham atau mesra dikenali dengan julukkan ‘Super KIP‘ akan mewakili pasukan TKKR Racing dan akan beraksi dalam kategori 600cc.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Beliau mengakui merindui aksi di litar, malah sudah beberapa kali hatinya terdetik untuk berlumba semula, sebelum ia kembali menjadi kenyataan apabila TKKR Racing menawarkan peluang menyertai pasukan itu sebagai pelumba.

Bagaimanapun, pelumba berusia 23 tahun itu tidak meletakkan sebarang sasaran sebaliknya hanya mahu memberi tumpuan untuk mencapai keserasian bersama jentera, selepas hampir setahun tidak terlibat dalam perlumbaan kompetitif.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Ditanya mengenai tahap kecergasan untuk kembali beraksi, Khairul Idham berkata beliau kekal aktif dengan membantu ayahnya memunggah dan mengangkat tandan buah kelapa sawit di kampung halamannya.

Beliau berkata aktivitinya di ladang itu, secara tidak langsung membantu beliau mengekalkan kekuatan mental dan fizikalnya. Sementara itu, Khairul Idham berkata, beliau akan memulakan latihan rasmi bersama TKKR Racing, esok (Rabu).

Selepas lima musim bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Dunia, Khairul Idham mengejutkan peminat tanah air apabila mengumumkan persaraannya daripada sukan permotoran selepas khidmatnya tidak disambung oleh Petronas Sprinta Racing pada Oktober tahun lepas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply