ARKIB

KATEGORI

Buletin

Supermoped Aveta bakal dilancar 25 Julai ini!

Berita Tempatan

Views

Sejak beberapa hari yang lalu, laman Facebook rasmi AVETA MOTOR mula menyiarkan beberapa siri iklan acah model supermoped terbaharu mereka.

Model tersebut bakal dilancarkan secara rasmi pada 25 Julai ini, jam 10.30 pagi dan disiarkan secara penstriman langsung menerusi laman Facebook AVETA MOTOR.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Setakat ini ada tiga foto acah telah disiarkan secara berperingkat, selang sehari bermula dengan siluet  supermoped berkenaan, kemudian diikuti foto tayar belakang lebar, brek cakera serta muncung ekzos sporty dan yang terkini, foto panel meter jenis digital.

Supermoped yang menggunakan tagline #THEULTIMATESUPERMOPED itu dijangka mencabar ketuanan beberapa ‘otai’ dalam pasaran, iaitu Yamaha Y16ZR, Honda RS-X dan Suzuki Raider R150Fi.

Besar kemungkinan supermoped berkenaan adalah model Rato SVR180 2021 yang memiliki reka bentuk persis Honda Winner X di pasaran China.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Unit ujian model tersebut berjaya diintip sebelum ini dan ia dijana oleh enjin bersesaran 149.2cc dengan teknologi EFI, yang disambungkan dengan transmisi enam-kelajuan.

Rato SVR180 mempunyai kapasiti tangki bahan bakar berkapasiti 7 liter, selain dilengkapi dengan panel meter digital TFT, sistem lampu LED, fork depan teleskopik, suspensi belakang monoshock, sistem brek cakera depan dan belakang, serta tayar dalam siri 90/80-17 (depan) dan 120/70-17 (belakang).

Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit AVETA MOTOR

Foto kredit Arena Motosikal

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply