ARKIB

KATEGORI

Buletin

Surat MITI untuk rentas negeri ‘tak laku’ bermula hari ini hingga 21 Julai

Berita Tempatan

Views

Pasukan petugas Sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan negeri diarahkan tidak menerima dokumen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh empat hari sehingga 21 Julai ini.

Menurut MalaysiaGazette, langkah drastik itu bertujuan mengelak mana-mana individu menyalahgunakan surat kebenaran merentas negeri MITI itu untuk balik kampung menyambut Aidiladha.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Tindakan tegas itu dikeluarkan Polis Diraja Malaysia selepas mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari terakhir ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, larangan pergerakan merentas negeri dengan menggunakan kelulusan MITI bagi tempoh 18 hingga 21 Julai 2021 berkuatkuasa serta merta.

Katanya, PDRM telah mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari kebelakangan ini.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Justeru, bagi mengelakkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab daripada menyalahgunakan surat kebenaran MITI sebagai kelulusan merentas negeri untuk sambutan hari raya aidiladha, semua SJR sempadan-sempadan negeri telah diarah agar meningkatkan penguatkuasaan.

Menurutnya, larangan itu bagaimanapun tidak terpakai bagi urusan-urusan kecemasan dengan kebenaran polis serta urusan kesihatan (termasuk vaksinasi).

Tambah beliau, mana-mana pihak yang didapati melanggar larangan ini akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi dan masyarakat dinasihat untuk bersama memainkan peranan dalam melandaikan lengkuk jangkitan wabak COVID-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply