ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sureplify jalankan Tanggungjawab Sosial Korporat sempena Hari Kebangsaan

Views

Sureplify, sebuah platform insurans kereta dalam talian di mana membolehkan anda untuk membuat perbandingan, penjimatan dan pembelian insurans kereta dan cukai jalan, telah menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka bersama sebuah organisasi alam sekitar di Bangsar, Kuala Lumpur.

Bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia 2018, Sureplify Sdn Bhd berhasrat untuk berbakti kepada masyarakat dengan memberi kesedaran tentang pemeliharaan alam sekitar yang sihat. Dengan itu, kakitangan Sureplify telah menghadiri bengkel penanaman pokok serta aktiviti-aktiviti seperti pemahaman tentang kepentingan pengkompositan, tanah yang sihat, dan tumbesaran tumbuhan.

JOM BACA >> Adakah Ini Perodua Alza Facelift 2018?

Setiap peserta telah diberi pendedahan tentang cara penanaman anak pokok yang betul dan lebih 50 bag anak pokok berjaya ditanam sepanjang tempoh 2 jam sesi penanaman.

Antara tujuan pelaksanaan CSR ini adalah:

  • Untuk meningkatan kesedaran tentang pemeliharaan alam sekitar.
  • Untuk meningkatkan pengetahuan tentang cara penanaman pokok yang betul.
  • Untuk memelihara landskap kehijauan di kawasan bandar.
  • Untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat.

JOM BACA >> Proton Perdana FL Concept 2018

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply