ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suspek curi kereta di Mentakab diberkas di Subang Jaya

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, suspek lelaki yang mencuri kereta di stesen minyak di Mentakab semalam, ditahan polis di Subang Jaya pada hari yang sama. Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Selangor, pada jam 1 petang.

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

Jelas beliau, sebaik menerima laporan daripada mangsa, polis menjalankan siasatan di tempat kejadian dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan. Tambahnya, hasil siasatan itu, polis mengenalpasti identiti suspek dan meminta bantuan balai polis lain untuk membantu mengesannya.

Suspek yang memiliki rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah akhirnya ditahan anggota polis IPD Subang Jaya, semalam. Dalam kejadian jam 8 pagi semalam, kereta milik mangsa yang juga seorang pelajar berusia 20 tahun, dilarikan suspek ketika mangsa sedang mengisi minyak.

JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV

Mangsa yang tidak mematikan enjin kenderaan ketika mengisi minyak turut mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika cuba mengejar suspek yang sedang melarikan kereta miliknya. Kejadian curi kereta terbabit tular sejak semalam, selepas rakaman CCTV terbabit dikongsi warganet di laman sosial. Mohd Yusri berkata, suspek dibawa ke IPD Temerloh untuk disiasat yang dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Mohd Yusri menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan peka dengan persekitaran mereka setiap kali berurusan di stesen minyak bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku. Katanya, pengguna diingatkan supaya mematikan enjin kenderaan apabila ingin mengisi minyak dan mengunci kereta bagi tujuan keselamatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply