ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suspek curi Myvi guna plat palsu diburu

Berita Tempatan

Views

Polis kini sedang giat memburu suspek yang bertindak meninggalkan sebuah kereta Perodua Myvi dengan nombor pendaftaran palsu dan sama dengan pemilik sebenar kenderaan itu di tepi jalan kawasan Bayan Lepas, di Balik Pulau, semalam.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Menurut Utusan Online, dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD) menerima panggilan daripada seorang individu yang menjumpai sebuah kereta yang menggunakan nombor pendaftaran sama dengan kereta miliknya. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan berkata, sehubungan itu polis membawa kereta tersebut ke Balai Polis Bayan Lepas setengah jam kemudian.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, pengadu (anggota polis) mengenali pemilik sebenar kereta bernombor pendaftaran sama berikutan pernah dipanggil untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes kemalangan kereta di daerah ini pada 7 dan 14 Disember tahun lalu. Bagaimanapun pemilik asal kereta itu menafikan terlibat dalam dua kejadian tersebut.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Beliau memberitahu, polis sehingga kini belum mengenal pasti identiti sebenar suspek terbabit dan meminta individu berkaitan tampil memberi keterangan berhubung kes kemalangan yang berlaku di daerah Barat Daya tahun lalu. Terdahulu, tular di laman sosial Facebook mengenai foto dua buah Myvi bewarna putih menggunakan nombor pendaftaran yang sama.

Perkongsian foto tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet. Menurut Anbalagan, foto yang tular dalam media sosial itu dirakam orang awam ketika pemilik asalnya menemui kereta menggunakan nombor pendaftaran yang sama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply